Bahaya jika tinggalkan 7 benda ni di dalam kereta, tak sangka No. 7 tu selalu terjadi setiap tahun

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bahaya jika tinggalkan 7 benda ni di dalam kereta, tak sangka No. 7 tu selalu terjadi setiap tahun | Kereta ibarat rumah kedua kita bagi yang guna kereta setiap hari.

Segala benda kalau boleh nak biar je dalam kereta. Biar senang dan tak terlupa nak bawa kan.

Tapi tak semua benda kita boleh tinggalkan dalam kereta. Sebab ada bahayanya kalau kita sengaja tinggal atau tertinggal...

Jom tengok.. Apa dia 7 benda yang kita tak boleh tinggal dalam kereta.

Bahaya jika tinggalkan 7 benda ni di dalam kereta


Bahaya jika tinggalkan 7 benda ni di dalam kereta, tak sangka No. 7 tu selalu terjadi setiap tahun


1. MAKANAN / MINUMAN

Bahaya jika tinggalkan 7 benda ni di dalam kereta

Ada pek makanan dan minuman yang tidak direka untuk tahan panas dan cahaya matahari. Suhu dalam kabin kereta yang diletak di kawasan panas boleh mencapai sehingga 70°C.

Ada pek akan terurai pada suhu ini, dan bahan kimianya akan mencemari makanan dan minuman. Elak makan makanan dan minuman yang terbiar di dalam kereta walaupun belum dibuka peknya.

2. UBAT-UBATAN

Bahaya jika tinggalkan 7 benda ni di dalam kereta

Kebanyakan ubat perlu disimpan pada suhu 25°C atau lebih rendah. Malah ada perlu disimpan di suhu di bawah 8°C iaitu di dalam peti ais. Jika melebihi suhu berkenaan, masa ia akan rosak.

Ada juga ubat perlu di simpan dalam tempat yang gelap, kerana ia akan rosak jika terkena cahaya matahari. Makan ubat-ubatan yang telah rosak boleh menjejaskan kesihatan.

3. PERANTI BERBATERI

Bahaya jika tinggalkan 7 benda ni di dalam kereta

Apa-apa peranti yang menggunakan bateri lithium ion seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet, atau peranti penyimpan tenaga seperti powerbank, berisiko meledak jika ditinggalkan di dalam kereta yang panas.

Ledakan bateri berkenaan boleh menyebabkan kebakaran berlaku. Selain risiko meledak dan terbakar, peranti-peranti begitu sering menjadi sasaran pencuri.

Jadi, jangan risiko kan kereta dengan letak barang berharga di dalam kereta. Biar pun tersorok.. Kalau penjenayah tu pandai aje guna apa cara pun untuk kesan bahan berharga dalam kereta.

4. TIN AEROSOL / SPRAY

Bahaya jika tinggalkan 7 benda ni di dalam kereta

Tin aerosol/spray seperti spray dandanan rambut, spray racun serangga, spray pewangi, ubat inhaler mengandungi udara yang di mampatkan di dalamnya dan ia mempunyai tekanan yang tinggi.

Apabila ditinggalkan di dalam kereta yang panas, molekul udara dalam tin akan mengembang, lalu meningkatkan lagi tekanan di dalamnya. Hal itu boleh menyebabkan tin berkenaan meletup.

Ok.. Ini baru tau.. Jadi, kena lah keluarkan inhaler MF lepas ni.. Dah tak boleh simpan dalam kereta. Letak dalam handbag aje la lepas ni.

5. UBAT GEGAT / RACUN

Bahaya jika tinggalkan 7 benda ni di dalam kereta

Apa jua bahan beracun tidak digalakkan ditinggalkan di dalam kereta, terutamanya yang mudah meruap seperti ubat gegat, racun rumpai, dan sebagainya. Apa bila panas, bahan-bahan ini lebih cepat meruap.

Bila masuk ke dalam kereta, kita akan menghidu udara yang dicemari racun yang telah meruap tadi. Hal ini boleh menjejaskan kesihatan kita tanpa kita sedari.

6. PEMETIK API / PETROL

Bahaya jika tinggalkan 7 benda ni di dalam kereta

Biasanya perokok mempunyai lebih daripada satu pemetik api, dan lazimnya ada satu di dalam kereta. Ini perkara yang bahaya kerana pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang panas.

Ada juga pemandu yang menyimpan simpanan petrol di dalam kereta. Mungkin ia tidak akan terbakar tiba-tiba, tetapi dalam situasi kemalangan, petrol boleh tumpah pada pemandu dan penumpang.

So, buat kaki rokok.. Take note... Itu juga menunjukkan rokok memang membahayakan kesihatan.. Hehe...

7. ANAK / KANAK-KANAK

Bahaya jika tinggalkan 7 benda ni di dalam kereta

Jangan tinggalkan anak di dalam kereta sendirian walaupun enjin tidak dimatikan, apatah lagi jika enjin dimatikan. Kebanyakan kes berlaku kerana penjaga terlupa bahawa anak masih di dalam kereta.

Kedengaran mustahil, tetapi kes-kes seperti ini berlaku setiap tahun, dan ia melibatkan kematian. Mangsa yang lazimnya kanak-kanak, meninggal dunia disebabkan lemas dan strok haba.

Tapi andaikan Allah tutup kan hijab kita.. Itu memang di luar kawalan kita.. Tapi banyakkan doa moga Allah tak uji kita dengan sesuatu yang tak diduga macam ni. Banyakkan zikir bila masuk kereta ok... Taawwuz jangan lupa.

Semoga bermanfaat!

Kredit : Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Itu dia.. 7 benda yang berbahaya kalau tinggal sama tertinggal atau sengaja tinggal di dalam kereta.

No. 7 tu biasa terjadi setiap tahun kan... Nauzubillah.. MF tak mau komen bab tu.. Sebab kadang itu terjadi atas asbab Allah memang nak ianya jadi.

Sebab tu kena selalu doa, moga Allah jauhkan kita dari sifat lalai dan leka... Lesu dan malas... Doa.. Dan doa... Sebab kita manusia yang lemah.

Tapi yang lain-lain tu kita boleh usahakan untuk elakkan dari sengaja tinggalkan dalam kereta. Kalau dah tau ni tapi buat juga.. Hmm.. Memang sengaja cari penyakit.

Sekian, semoga bermanfaat. 

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Alamak... no1 je dah fail. huhu selalu tinggal sbb konon sng nnti nak minum dah ada dlm kereta hehe

    BalasPadam
  2. nice sharing..yg last sekali tu mmg kena alert sgt..huhuh

    BalasPadam
  3. ya Allah yang anak tu pleaase janganla..
    dah keluar berita macam2 pun still ada parents yg buat T.T

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !