GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Semua orang mesti buat 22 perkara ni ketika jerebu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Semua orang mesti buat 22 perkara ni ketika jerebu!   | Jerebu, menyesakkan dada... Tapi inilah yang kita akan hadap saban tahun.

Jerebu ni adalah salah satu masalah global MF rasa. Macam tak boleh nak elak dah.

Tambah pula kat negara kita ni banyak pencemaran udara, tambah pula dengan jerebu dari negara-negara jiran.. Menambahkan lagi masalah ni.

Apa pun, jerebu buatkan aktiviti luar kita terhad. Tambah yang ada anak.

ASAP jerebu masuk juga dalam bangunan sebab kita dok buka tutup pintu kan... Dan kita kena buat sesuatu untuk pastikan udara yang kita sedut tu tak sekotor asap jerebu di luar.

Cara pastikan udara bersih ketika jerebu di dalam rumah, pejabat dan sekolah. 


Secara Am nya... Ini pantang larang untuk kita pastikan udara kita sihat walaupun jerebu.


Semua orang mesti buat 22 perkara ni ketika jerebu! 

1. Jangan merokok dalam bangunan.
2. Pastikan persekitaran dalaman berada dalam keadaan bersih serta bebas daripada debu dan habuk.
3. Tutup semua pintu dan tingkap dan pastikan kediaman bebas daripada debu semasa jerebu melanda.
4. Hadkan penggunaan bahan kimia seperti penyegar udara, pencuci lantai dan pencuci baju. 
5. Untuk keluarkan zarah dari udara dalam bilik, gunakan pembersih udara jika ada.
6. Bagi yang mempunyai pendingin hawa, tutup pintu dan tingkap serta gunakan mode kitaran dalaman ketika menggunakan. Pastikan ianya berada dalam keadaan baik dan diselenggara secara berkala.
7. Jangan lakukan pembakaran terbuka di kawasan yang dilanda jerebu.

Di rumah

1. Jika boleh, sediakan sebuah bilik khas untuk mereka yang berisiko dan mempunyai masalah pernafasan.
2. Jika mempunyai pendingin hawa, pastikan ianya berada dalam keadaan baik.
3. Pokok hiasan dalaman (pokok hidup) boleh bantu bersihkan udara tapi pastikan tiada pembiakan nyamuk di dalam rumah.
4. Hadkan penggunaan cooker hood ketika memasak.
5. Hadkan penggunaan kipas ekzos di dinding kerana udara tercemar beserta zarah terampai akan disedut dari luar ke dalam rumah.

Di sekolah

1. Kerapkan membersihkan kelas daripada habuk dengan menggunakan kain basah.
2. Untuk kurangkan pencemaran udara matikan enjin kenderaan dan jangan biarkan kenderaan berkeadaan "idle" jika menunggu murid pulang sekolah.
3. Kurangkan penggunaan kapur dan marker pen di dalam kelas.

Di pejabat 

1. Pemilik atau pengurusan premis bangunan mesti pastikan
a) Suhu udara: 23°C-26°C
b) Kelembapan relatif : 40%-70%
c) Pergerakan udara: 0.15m/s-0.50 m/s
2. Pokok hiasan hidup boleh membantu membersih udara dalaman.
3. Kawalan sistem pengudaraan dan pengalih-udaraan mesti berada dalam keadaan terbaik.
4. Larangan merokok dikuatkuasa.
5. Penggunaan pembersih udara mudah alih digalakkan.
6. Meminimumkan penggunaan racun perosak dan penyemburan mestilah dilakukan luar waktu kerja. 7. Kawalan pembersihan
a) Jadual pembersihan mesti diatur mengikut corak penghunian dari tahap aktiviti.
b) Jangan simpan bahan kimia dalam bilik saluran atau 'AHU'.

Jadi, waktu jerebu ni janganlah ditambah jerebu yang ada lagi.

Sebenarnya kita juga berperanan untuk atasi jerebu. Kita boleh kawal dengan sikap kita... Cakna isu ni dengan serius.

Bila dah teruk baru tau nak minta tolong Tuhan. Sedangkan kita yang menyebabkan Tuhan murka dan menurunkan bala.


Sumber: Poster My Health 

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ