GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 sebab kenapa asyik rasa lapar je. No. 5 tu punca utamanya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 sebab kenapa asyik rasa lapar je | Sejak dua menjak ni MF kena sindrom kelaparan. Tak tau la perut ni kenapa kan... Asyik lapar je...

Nak pula bila berjaga tengah malam... Dia punya lapar tahap kronik tak boleh bawa bincang punya.

MF mencari sebabnya... Kenapa teruk sangat penyakit lapar aku ni kan...

Setelah dikenal pasti, akhirnya MF dapat jawapannya.

5 sebab kenapa asyik rasa lapar je

Punca rasa lapar, kenapa kerap lapar, apa nak buat bila lapar.
Sumber : Google images 

1. KARBOHIDRAT HALUS.

Karbohidrat halus ni seperti nasi putih, roti putih, emping bijirin, Pizza, bun Ataupun pasta. Karbohidrat ni tak mengenyangkan sebab  Ianya dibakar dengan cepat dalam tubuh kita dan meningkatkan kadar gula dalam darah sekali gus menyebabkan badan terganggu.

Paras glukosa yang rendah meningkatkan hormon lapar dan membuatkan kita rasa nak makan lebih banyak karbohidrat.

Cara atasinya:

Bagi melambatkan proses pembakaran, pilih karbohidrat kompleks seperti beras perang, quinoa dan triticale, kobis, buah-buahan dan roti bijirin tulen.

Cuba minum air sebelum makan untuk hilangkan rasa lapar.

2. SEBENARNYA DAHAGA.

Kadang rasa lapar tu adalah sebab rasa dahaga. Jadi waktu rasa lapar tu cuba minum air dulu. Bila minum air, rasa lapar tu boleh hold dulu la dari ambil makanan.

Sebenarnya, perbuatan minum air sebelum makan boleh menurukan beratus-ratus kalori daripada pengambilan makanan harian kita.

Cara atasi :

Jik teringin untuk mengunyah sesuatu, cuba minum air dan tunggu selama 20 minit sebelum makan lagi.

Jika masih berasa lapar, barulah makan untuk mengisi perut.

3. PERHATIAN TERGANGGU.

Satu kajian dalam jurnal Food Quality and Preference yang dibuat ke atas dua kumpulan peserta mendapati, mereka yang makan sambil mendengar fon telinga yang dipasang dengan bunyi televisyen dan muzik terdorong untuk makan lebih banyak berbanding mereka yang tidak memakainya.

Mungkin juga kan.. Sebab MF sering layan anak nyanyi lagu didi and friend waktu dia berjaga malam.. Waktu tu lah paling rasa lapar.

Cara atasi

Jauhkan diri daripada televisyen atau komputer dan perlahankan bunyi muzik ketika makan.

4. TEKANAN/STREES.

Mereka yang mengalami tekanan akan mengeluarkan hormon epinephrine (atau dikenali sebagai adrenaline) yang menyebabkan badan bertindak balas secara 'fight-or-flight'.

Kemudian hormon cortisol pula akan dikeluarkan dan mencetuskan hormon lapar pula dirasai.

Ia juga akan menarik kumpulan sebatian organik daripada aliran darah untuk disimpan dalam sel lemak manusia.

Mau tak stress kan... Orang waktu malam tidur MF waktu malam berjaga... Bila rutin tidur anak ikut International Time... Tu payah tu.. Hehe

Cara atasi

Kena belajar kawal stress... Kalau tak kita juga susah nak kawal apa yang masuk ke mulut kita...

5. TIDAK CUKUP TIDUR.

Paras hormon leptin dalam badan akan menurun sekiranya tidak mendapat jumlah tidur yang mencukupi.

Ini akan membuatkan selera makan meningkat dan menyebabkan membakar lemak lebih rendah.

Sebab inilah punca utama MF kerap lapar. Tak cukup tidur.. Paling lama waktu tidur ialah 4 jam tak nyenyak.. Kalau nyenyak betul dalam 2 jam je kot. Itulah dugaan anak nombor 4 ni.. Waktu tidur yang tak tau dah nak adjust macam mana.. Redha je la...


Cara atasi

Tiada cara lain selainperlu merehatkan mata selama tujuh ke lapan jam sehari. Huhu kena cuba atau camne tak tau la kan.. Sebab siang pun tak boleh tidur. Kalau waktu cuti tu ok sikit rasa lapar tu...


2Ulasan

  1. ammi pun sekarang ni tengah cuba untuk kawal diri. Kalau lapar cuba minum air instead of terus gi cari makanan.

    BalasPadam
  2. haha... stress tu sgt btl, kalau time study tu la asyik lapar, stress ngan study,,,, huhu...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ