GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Amal Minum Air Sejuk atau Air Panas, Mana Lebih Baik?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Amal Minum Air Sejuk atau Air Panas, Mana Lebih Baik? | Minum air sejuk terutama berais memang menyejukkan tekak terutama pada hari panas terik. Tapi ramai yang mengamalkan pantang minum air ini kerana dikatakan tak elok untuk kesihatan. Betulkah?

Amal Minum Air Sejuk atau Air Panas, Mana Lebih Baik?

Minum Air Sejuk atau Air Panas, Yang Mana Bagus Untuk Kita Amal?

Sebenarnya minum air sejuk juga baik untuk tubuh tapi haruslah pada waktu yang sesuai. Berikut dikongsi kebaikan minum air sejuk dan waktu yang tepat untuk anda mengambilnya agar bermanfaat pada kesihatan tubuh.

Waktu untuk minum air sejuk

Selepas bersenam

Sewaktu bersenam, suhu tubuh akan meningkat dan minum air yang sejuk akan menurunkannya kembali.

Melawan panas

Minum air sejuk terutama pada musim panas disarankan bagi kesihatan tubuh. Air sejuk diserap dengan cepat oleh tubuh dibanding air panas.

Membantu menurunkan berat badan

Kunci penurunan berat badan adalah menaikkan kadar metabolime tubuh agar dapat membakar kalori lebih banyak lagi.

Antara cara paling berkesan untuk tujuan ini adalah minum atau mandi air sejuk, ia dapat meningkatkan metabolisme tubuh.

Jangan minum air sejuk, ketika...

1. Makan

Elak minum air sejuk ketika sedang makan. Minum air sejuk semasa makan atau selepas makan akan menyebabkan tubuh membuang banyak tenaga untuk meningkatkan suhunya. Ia akan melambat pencernaan yang hujungnya berkait dengan masalah lemak pada perut.

Minum air panas pun banyak manfaatnya

Tak lengkap jika tak huraikan tentang manfaat minum air panas atau suam yang mana cukup baik diamalkan.

Kebaikan amal minum air panas/suam

Mempercepatkan pencernaan

Menurut perubatan Ayuverda dan masyarakat Cina kuno, sebaiknya minum segelas air suam pada pagi hari. Ia akan mengaktifkan sistem pencernaan dan mencegah masalah pada perut.

Mengeluarkan toksin dari tubuh

Minum air suam juga membantu mengeluarkan toksin dari tubuh selain membersihkan tubuh dan mencegah jerawat serta masalah kulit.

Untuk menambah khasiatnya, tambah perahan jus lemon dalam segelas air suam dan minum setiap pagi.

Melancarkan pernafasan

Air panas juga baik bagi mereka yang memiliki masalah pada saluran pernafasan. Air ini membantu pengeluaran lendir di saluran pernafasan.

Mengurangkan rasa sakit

Sewaktu air panas mengalir dalam aliran darah, ia sekali gus berfungsi sebagai penghilang rasa sakit semula jadi. Jadi jika mengalami sakit pada sendi atau perut kerana haid, segelas air hangat dapat membantu mengurangkannya.
Kredit: telegram Channel Petua dan Kesihatan

Kalau MF, tak boleh selalu amal air sejuk, nanti sakit badan... Kalau dah sakit badan tu apa MF akan buat ialah, bancuh kopi panas dan minum... Insha Allah... sekejap dalam 10 - 15 minit redalah... jadi, MF masih berpantang bab makan makanan yang berangin dan sejuk ni walaupun anak dah besar. Itulah nak kata pantang ni bukan sebab ikut hari 44 hari atau 100 hari atau setahun, tapi pantanglah ikut badan kita... Yang mana tak boleh tu tak payah makan... Makan juga tu tanda cari penyakit namanya...

Sekian, semoga bermanfaat.

2Ulasan

  1. Betul.. Minum air sejuk atau air panas /suam ikut kesesuaian dan serasi tubuh masing-masing.

    BalasPadam
  2. Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda #

    Jom follow blog klik profil

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ