GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Mandi Wajib Guna Shower

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Mandi Wajib Guna Shower | Mandi wajib, satu kewajipan bila berhadas besar. Ada 6 sebab hadas besar iaitu: Keluar mani, haid, nifas, wiladah, jimak dan mati selain mati syahid. Mandi wajib ni kita belajar dari zaman sekolah lagi. 

Cara mandi, nak cebok dan sebagainya. Tapi zaman sekarang, kebanyakan rumah mandi guna shower mandi... Bagaimana hendak mandi wajib guna shower?

Cara Mandi Wajib Guna Shower


Rukun Mandi Wajib

Bagi memastikan mandi wajib itu sah, maka perlu dipenuhi dua rukun iaitu berniat mandi hadas dan meratakan air ke seluruh badan. 

Jika seseorang mandi dengan menyempurnakan dua rukun tersebut, sahlah mandi wajibnya.

1. Niat

Pertama, dia berniat di dalam hati ketika mandi itu bahawa mandi yang dilakukannya itu adalah bertujuan untuk menghilangkan hadas (bukan mandi biasa).

2. Meratakan air ke seluruh badan

Kedua, dia meratakan air ke seluruh badannya termasuk celah-celah rambut dan kawasan-kawasan yang berlipat di badan. 

Cara bagaimana dia mandi (sama ada dengan menyelam atau menjirus atau berdiri di bawah shower atau air terjun) tidaklah menjadi syarat asalkan air merata ke seluruh badan (dari hujung rambut hingga ke hujung kaki).

Bagi memastikan air merata pada bahagian kemaluan hadapan dan belakang, maka antara caranya ialah mencangkung sambil menyampaikan air ke bahagian yang sukar air sampai

Begitu juga, tidak disyaratkan bilangan jirusan tertentu. Jika dengan sekali jirusan sudah dapat meratakan air ke seluruh badan, memadai dengannya. 

Jika tidak, perlulah diulangi jirusan hingga diyakini air telah sampai ke serata badan. Namun, makruh mandi dengan terlalu banyak air hingga menimbulkan pembaziran.

Cara Mandi Wajib Guna Shower, Step by step

Namun, bagi menyempurnakan pahala mandi wajib, maka digalakkan melakukan juga perbuatan-perbuatan yang disunatkan semasa mandi. Menurut mazhab Syafi’i, antara perbuatan yang disunatkan ketika mandi wajib ialah:

  1. Membaca Bismillah.
  2. Dimulai dengan membasuh kedua tangan.
  3. Menggunakan tangan kiri ketika membasuh kemaluan dan ketika menghilangkan najis di badan jika ada.
  4. Mengambil wuduk sebelum mula mandi.
  5. Mandi dari atas ke bawah; yakni dari kepala turun ke kaki.
  6. Menggosok celah-celah rambut dengan air, kemudian menjirus air ke kepala dengan tiga kali cebukan air.
  7. Mandi dari sebelah kanan, kemudian baru kiri, yakni menjirus badan sebelah kanan dahulu, baru sebelah kiri.
  8. Mengulangi mandi sebanyak tiga-tiga kali bagi setiap anggota.
  9. Menggosok-gosok badan dengan tangan ketika mandi.
  10. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki (jika dikhuatiri air tidak sampai tanpa diselati, wajiblah melakukannya).
  11. Membaca doa apabila selesai mandi sebagaimana doa selepas mengambil wuduk.

Sumber :http //www.e-fatwa.gov.my/blog/mandi-wajib-guna-shower

Tak susah mana nak mandi wajib guna shower atau pancuran, sebab hanya perlu patuhi dua rukun mandi iaitu niat dan meratakan air keseluruh badan. Yang lain-lain tu hukumnya sunat dan dapat pahala lebih kalau kita buat. 

Sekian, semoga bermanfaat.


4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ