GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nak Kulit Cantik dan Sihat, Cuba Amalkan Kacang Macadamia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Nak Kulit Cantik dan Sihat, Cuba Amalkan Kacang Macadamia | Kacang macadamia, tak ramai orang tahu dan kenal. MF sendiri pun kenal kacang ni selepas makan snek kekacang jenama Noi yang MF beli. Snek campuran kekacang tu ada campuran gajus, badam, kacang tanah dan juga kacang macadamia.

Pertama kali mencuba… Wow… memang sedap… rasanya lemak-lemak rangup… memang sedap. Tapi tak banyak pula kan… Selalu berebut dengan suami dan anak-anak kalau beli snek kekacang tu.

Kenapa kacang macadamia ni termasuk dalam snek sedap nih.. Mesti ada khasiat dan kelebihannya yang mungkin kita tak tau. Jadi, kita pun cubalah mencari di internet… dan baca beberapa artikel yang boleh dipercayai kesahihannya.

tips kulit sihat cantik, cara cantikkan kulit, khasiat macadamia, manfaat kacang macadamia

Nutrisi kacang macadamia

Kandungan sihat yang terdapat dalam kacang macadamia iaitu lemak tidak tepu, karbohidrat, protein, kalium, fosforus, magnesium, zat besi, kalsium, vitamin E, asid folic, serat, dan vitamin B kompleks. Jadi, kacang sihat ini bukan hanya sedap untuk dijadikan makanan ringan, namun juga bermanfaat untuk kesihatan.

Nak Kulit Cantik dan Sihat, Cuba Amalkan Kacang Macadamia

tips kulit sihat cantik, cara cantikkan kulit, khasiat macadamia, manfaat kacang macadamia

15 Khasiat Kacang Macadamia untuk kecantikan dan kesihatan


1. Menurunkan kolesterol

Manfaat kacang macadamia yang pertama iaitu ia membantu dalam menurunkan kolesterol. Kandungan nutrisi dalam kacang ini akan memberikan khasiat yang baik untuk mencegah kenaikan kolesterol jenis jahat yang ada di dalam tubuh badan kita.

2. Mencegah penyumbatan pembuluh darah

Khasiat kacang macadamia sangat baik digunakan untuk mencegah terjadinya penyakit penyumbatan pembuluh darah. Kacang unik yang satu ini akan memberikan perlindungan lebih ke pembuluh darah dan melancarkan aliran darah ke tubuh badan.

3. Menyihatkan organ jantung
Manfaat kacang macadamia digalakan untuk sesiapa  yang ada masalah pada kesihatan jantung. Kandungan nutrisi dalam kacang ini mampu mencegah penyakit yang akan menyerang kesihatan jantung sehingga tubuh akan menjadi lebih sihat.

4. Mengatasi stroke

Khasiat kacang macadamia selanjutnya adalah mengatasi stroke. Kacang yang menyihatkan tubuh ini dapat mencegah gejala stroke. Jika pernah terkena stroke terlebih dahulu, boleh amalkan makan kacang ini untuk elak stroke berulang.

5. Anti oksida 

Manfaat kacang macadamia sebagai makanan dengan anti oksida semula jadi akan membantu tubuh lebih kebal dari kesan yang ditimbulkan oleh paparan radikal bebas. Berbagai macam penyakit akibat radiasi ini boleh dicegah sejak awal.

6. Mencegah penyakit kanser

Kegunaan kacang macadamia juga boleh mencegah penyakit kanser. Hal ini masih berkaitan dengan khasiatnya yang dapat mencegah efek radikal bebas. Sel kanser akan dengan mudah ditekan pertumbuhannya supaya tidak menyebar ke seluruh tubuh badan kita.

7. Makanan diet sihat

Anda ingin diet sihat tanpa kelaparan? Amalkan makan kacang macadamia merupakan salah satu solusinya. Diet yang baik adalah mengganti jenis makanan yang akan dimakan dengan makanan yang lebih sihat, termasuk kacang unik ini. Memang kacang ni menjadikan kita kenyang dan tak mudah lapar.

8. Melancarkan buang air besar

Kandungan serat dalam kacang macadamia bisa membuat buang air besar menjadi lebih lancar. Serat berfungsi untuk mengikat sisa makanan yang masih menempel di usus, sehingga tidak akan terjadi penyumbatan di dalamnya.

9. Menjaga bakteria baik pada usus

Ada beberapa jenis bakteria yang ada di dalam tubuh dan salah satunya yang perlu  dilindungi iaitu bakteria baik. Bakteria ini akan berguna dalam melawan bakteria jahat di usus. Untuk menjaga bakteria baik, cuba amalkan makan kacang ini.

10. Melancarkan pencernaan

Pencernaan yang lancar tidak akan mudah diserang penyakit ataupun bakteria. Jadi, cara nak dapatkan usus sihat dan pencernaan yang lawas adalah dengan ambil makanan yang kaya akan serat seperti kacang macadamia. Kacang ini akan membantu sistem pencernaan menjadi lebih sihat.


5 Manfaat dan Khasiat Kacang Macadamia untuk kecantikan:

  1. Bagus untuk kesihatan kulit
  2. Melembabkan kulit
  3. Melembutkan rambut
  4. Mencegah rambut kering
  5. Mengatasi jerawat


Itulah 15 manfaat dan khasiat kacang macadamia untuk kesihatan yang perlu diketahui. Semoga bermanfaat untuk menambah pengetahuan dalam menjaga kesihatan dengan memanfaatkan khasiat biji yang sihat pula.


Kacang macadamia kacang termahal di dunia

Kacang macadamia berasal dari negara Australia dan rasanya yang lazat dengan cepat membiak ke negara disekitarnya. Tanaman kacang ini boleh tumbuh dengan tinggi sampai 50 meter dan di setiap bunganya terdapat satu sampai dengan dua biji kacang saja.

Jumlah yang cukup sedikit tersebut membuat harga kacang macadamia melonjak cukup tinggi. Australia menjadi negara utama mengeluarkan kacang ini kemudian diikuti oleh beberapa negara lainnya.

Sebenarnya, kacang macadamia jarang orang makan gitu je macam makan kacang kuda atau kacang tanah. Biasanya kacang ni diambil sari pati minyak untuk kegunaan kecantikan.


tips kulit sihat cantik, cara cantikkan kulit, khasiat macadamia, manfaat kacang macadamia

Jadi, sebab tu orang jarang makan sebab digunakan untuk kecantikan… Dan kalau nak beli pun harganya memang mahal. Harganya RM60 hingga RM70 untuk 500g.


tips kulit sihat cantik, cara cantikkan kulit, khasiat macadamia, manfaat kacang macadamia

Bahkan Secret Recipes juga ada keluarkan kek macadamia, dengan harga hampir RM100  untuk sebiji kek… Tapi memang sedaplah.. MF dah pernah rasa kek ni...


Itulah nak kata mahal ke tak mahal kacang ni kan. Tapi khasiat utama dalam kacang ni memang terbaiklah untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman tubuh badan kita.

Makanan yang sihat dan mencantikkan badan secara semula jadi memang mahal. Tapi kalau nak rasa sesekali boleh aje kan… Tapi, serius tak menyesal kalau dah sekali rasa… Memang sedap.


1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ