GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Diet tapi macam tak diet je... hmmmm

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


cara diet yang betul, diet mudah, punca berat naik, badan dah naik, cara turunkan berat badan


Cara diet Kevin Zahri?

  1. Nasi putih hari-hari (tapi segenggam/meal) 
  2. Makan kerap (dalam 5-7x sehari) 
  3. Sentiasa cari fiber (untuk melawas 2x sehari) 
  4. Tak kira kalori (tapi tahu keperluan diri dan kalori makanan) 
  5. Teh tarik hari-hari (biasa share dgn isteri) 
  6. Snek malam sure ada (biasanya cereal fiber + susu low fat) 
  7. Minum Air Kosong (tak tahu banyak mana. Janji urin jernih) 
  8. Chocolate hari-hari (tapi tak lah banyak mana) 

Macam tak diet je kan... Apa pun MF yakin diet ni dipanggil makan secara sederhana tapi kerap. Diet yang mudah dan tak seksa diri. 

Makan coklat tak menggemukkan pun sebenarnya kalau korang jenis buat kerja tak berhenti dari siang hingga ke malam. 

Punca berat badan naik

Yang menggemukkan kita bukan makanan tapi lebih kepada cara hidup. Antaranya stress penyebab kita mudah naik berat badan. Jadi tak hairan lah MF selepas anak keempat baru naik berat mendadak... sebab kurang tidur dan stress nak uruskan anak kecik. Sebab kalau ikutkan gaya makan sama je macam sebelum-sebelum ni... Tapi makan mudah naik.

Jadi, nak kena uruskan stress dan cuba kontrol anak-anak.. insha Allah... boleh slim... 

2Ulasan

  1. Betul, stress punca badan kita naik..bila stress je cari bahan makan...SA sekarang menghidap gastrik dan Gerd, seksa nak makan...tak boleh silap..kalau silap confirm merana..next dah nak kena buat scope

    BalasPadam
  2. Makan cara sederhana tapi kerap.

    Ruby ibu menyusu cepat lapar sikit MF. Hehe alasan.

    Stress kena kawal.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ