GuidePedia

1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



4 Tips Bebas Hutang


Tips Bebas Hutang

#1 Tulis Senarai Hutang. 

Tulis semua hutang harus diurutkan dari yang terbesar ke yang terkecil. Jangan lupa mencantumkan suku bunga yang berlaku untuk tiap tiap hutang. Hutang paling besar untuk kebanyakan kita adalah pinjaman rumah. Kena rancang sebaiknya.


#2 Bayar hutang yang terkecil terlebih dahulu.

Lunas sehingga tidak menjadi beban lanjutan bagi kita. Sementara bayar minimal buat hutang yang lebih besar. Jika hutang kecil dapat diselesaikan lanjutkan ke hutang yang lebih besar.

#Jangan korek lubang tutup lubang.

Dengan kata Iain jangan membuka hutang baru untuk menyelesaikan hutang hutang masa lampau. Percayalah, menyelesaikan lubang dengan menggali lubang akan membuat kita makin serabut dengan hutang yang tak pernah habis.

#4 Jangan tambah hutang lagi

Bila dah nak habis hutang, lupakan untuk berhutang lagi. Bayar setiap hutang dengan tepat waktu. Contoh, bila dah habis bayar duit kereta, jangan fikir nak beli kereta baru... sebaliknya maintainkan saja kereta yang ada supaya boleh dipakai dan tak rosak. Kecualilah terpaksa beli kereta baru atas sebab keperluan. Mungkin anak ramai... dah besar, perjalanan jauh, jadi perlu kereta yang selesa untuk mereka... Tu pun carilah yang sepadan dengan duit poket kita...


Hutang, menambah beban... Tapi pelik ada spesis manusia suka berhutang... biar nampak kaya bergaya walaupun hutang keliling pinggang... hmm.. Ntah la.. kalau saya, pening ada hutang ... kalau boleh mau hidup bebas hutang secepat mungkin...

Thanks for reading: 4 Tips Bebas Hutang

Catat Ulasan

  1. setuju tu jgn korek lubang tutup lubang nanti hidup berlubang2

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top