GuidePedia

1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ibu Mengandung Mengidam Telur Goyang | Telur goreng separuh masak, yang popular dipanggil telur goyang, sebab bila dimasak di atas roti, bila separuh masak, yang kuning tu masih bergoyang, sebab itu orang panggil telur goyang.


MF memang suka telur separuh masak... Tapi kurang gemar... Tapi ada juga orang suka... Bahkan kalau orang mengandung, lagilah kan.. apa sahaja makanan dan minuman viral dia nak cuba.. Pantang sebut...

MF pernah dengar yang telur separuh masak ni tak berapa elok bagi wanita mengandung, tapi bagaimana dengan telur goyang? Boleh ke makan bagi wanita mengandung?

Ini jawapan dari Doktor:

Ibu Mengandung Mengidam Telur Goyang

Ibu Mengandung Mengidam Telur Goyang, bahaya telur goyang kepada ibu mengandung, mengidam, resepi telur goyang, roti bakar telur goyang

“Doktor, isteri saya ni asyik mengidam telur goyang. Bahaya tak?”

Jangan fikir bukan-bukan. Lelaki ni mengadu isteri dia yang hamil hari-hari nak makan telur goreng separuh masak. Dia risau kalau ia tak selamat.

Jawapannya: BAHAYA!

Boleh kena jangkitan bakteria yang menyebabkan simptom cirit-birit, muntah-muntah, kejang perut, dan demam tinggi. Jika ibu hamil kena jangkitan ini, ada risiko berlaku keguguran kandungan. 

Jadi, kena tahu juga cara yang betul untuk simpan dan masak telur.

Cara simpan dan masak telur yang betul


  1. Pilih telur yang tidak retak. Telur tidak retak pun boleh dicemari bakteria sebelum pembentukan kulit telur, namun yang tak retak lebih rendah risiko.
  2. Bersihkan telur sebelum disimpan tapi tak usah sental kuat-kuat kerana itu akan menghilang lapisan perlindungan pada kulit telur dan sebabkan telur cepat rosak.
  3. Simpan telur di dalam peti ais di dalam bekas tertutup supaya makanan lain tak tercemar. Suhu 0-4°C akan membantutkan pembiakan bakteria.
  4. Bila nak guna telur, pecahkan telur dalam mangkuk dulu, periksa tembelang ke tak. Kalau OK, baru masukkan dalam kuali.
  5. Masak telur sehingga masak sempurna agar kuman yang ada pada telur terbasmi. Jika resepi gunakan telur mentah, gunakan telur yang dipasteur.


Tapi kalau dah mengidam juga, nak buat camne kan..

Ok, ini panduannya kalau teringin atau mengidam juga nak makan telur goyang.

Belilah telur yang di pasteur.

Telur pasteur tu apa? 

Telur yang telah dibasmi kuman dengan teknik pempasteuran. Telur yang dipasteur, di paketnya ada ditulis. Harganya mahal sikitlah.

Telur yang tak pasteur, dan tak dimasak sempurna boleh akibatkan keracunan, l terutamanya untuk kanak-kanak di bawah usia 5 tahun, warga emas, wanita hamil, serta mereka yang punya imun yang rendah. 

Jadi, hati-hati!

Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan


Jadi, kalau dah mengidam tu, suami kenalah cari telur pasteur dan cuba belajar sendiri cara masak telur goyang... Alaa... kat youtube kan ada... benda boleh masak sendiri, buat apa nak beli... hehe...

Ini MF kongsikan resepi mudah buat telur goyang.


Resepi Telur Goyang

Buat telur goyang tak susah... cuma kena pastikan suhu betul... Ada yang jenis rebus sekejap dalam air mendidih, ada jenis goreng telur tu separuh masak... Ikutlah yang mana-mana... 


Meleleh plak air liur tengok telur tu bergoyang meleleh gitu... hehe...

Cik-cik abang boleh cuba buat mak buyung isteri tersayang ya... Cuma ingat, kena cari telur yang dipasteur.. alahh.. tak mahal sangat, MF pun guna telur tu... 10 biji baru dalam RM5.90 macam tu untuk gred B... Ok la kan.. sesekali nak makan.. ok je kan untuk isteri tersayang... 
Thanks for reading: Ibu Mengandung Mengidam Telur Goyang

Catat Ulasan

  1. sedapnya telur goyang.... erm... baru tahu pasal pasteur tu...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top