GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Puasa Anak Yang Belum Baligh

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hukum Puasa Anak Yang Belum Baligh |  Ramai anak-anak yang sebaya anak MF dah mula berpuasa. Anak MF setakat hari ni belum berpuasa lagi... bahkan MF sendiri tak menekankan dia berpuasa.

Kenapa?

Sebab dia sendiri belum baligh. Tak jadi kewajipan pun untuk puasa. Tapi tak salah nak melatih dia berpuasa.

MF melatih tapi dengan cara tak memaksa dan memandangkan anak MF pun tak sedia nak puasa. DUgaan dari adik-adik buatkan dia tak mampu nak menahan untuk makan.

Apa pun, time tak puasa boleh pula seharin tak makan sebab main. Masa bulan puasa bukan main lagi kuat makan... adehhh ...


Bagi yang suruh anak berpuasa sebelum usia baligh bagaimana hukumnya?

Hukum Puasa Anak Yang Belum Baligh


Hukum Puasa Anak Yang Belum Baligh

Hukumnya sah puasa jika cukup syarat sah puasa. Dapat pahala, insha Allah... Tapi kalau tak puasa pun tak mengapa sebab belum baligh.


Tapi wajib bagi ibu bapa melatih anak berpuasa secara hikmah.

Tapi yang lebih wajib ajar anak solat sebab itu lebih utama... Insha Allah, kalau solat terjaga yang lain juga terjaga.

Jadi, bab ajar anak puasa, jangan lupa ingatkan dia untuk solat lengkap juga barulah seimbang. Suruh anak puasa, tapi solat tak pula diajak.. Tak kena macam tu...

5Ulasan

  1. Setuju, kita kena tegas pasal solat kepada anak2. InshaAllah hasilnya pasti cemerlang

    BalasPadam
  2. syafi 11 tahun belum baligh tapi alhamdulillah since last year dia dpt puasa penuh. mama mmg tak paksa masa dia umur 6-7 tahun baru start belajar

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ