GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nak sihat dan kurus, Cuba Buat 7 Perkara Ni Ketika Sediakan Makanan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nak sihat dan kurus, Cuba Buat 7 Perkara Ni Ketika Sediakan Makanan | Nak sihat tak semestinya perlu berbelanja mahal. Tak perlu bazirkan duit untuk sihat...

Cuma... Tukar dan ubah gaya dan cara kita memasak je... Sudah cukup untuk memastikan hasil masakan kita tu berkhasiat. Insha Allah.


Nak sihat dan kurus, Cuba Buat 7 Perkara Ni Ketika Sediakan Makanan

Sumber: google images

1. Buang lemak Pada Daging Dan Kulit Ayam


Ada orang takut nak makan ayam atau daging sebab banyak lemak kan.. Tapi kita boleh je elakkan lemak tu dengan buang lemak pada daging dan kulit ayam.

Selain tu, cara memasak dengan kaedah merebus, mengukus dan panggang juga dapat mengurangkan lemak. Dan ini cara yang lebih sihat daripada menggoreng.


2. Basuh Buah-buahan Dan Sayur-Sayuran Sebelum di Makan.


Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir untuk mengurangkan pencemaran makanan. Ini kerana bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan kimia berbahaya.

Tapi kalau nak rendam, letakkan sedikit garam... untuk buang kotoran dan bahan kimia pada buah atau sayuran kita.

3.Jangan Memotong atau Menghiris Kecil Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran


Ia akan membuatkan sayur itu cepat masak dan daun sayur itu boleh menghilangkan khasiatnya. Sebab tu kalau tengok restoran, suka aje potong besar-besarkan.

4. Bagi Kekalkan Khasiat Ubi Kentang dan Keledek,Masak Bersama-sama Kulitnya.


Khasiat ubi kentang ini lebih terjamin apabila masak bersama kulitnya. Jadi, basuh bersih sebelum masak... Boleh saja guna pencuci buah dan sayur untuk basuh kulit kentang, keledek ataupun carrot.

5. Memastikan Air Mendidih Atau Minyak Benar-Benar Panas.


Sebelum memasukkan makanan pastikan minyak untuk mengoreng atau air untuk merebus telah benar-benar panas.

Jika anda masak sayuran hijau jika air atau minyak tidak terlalu panas akan mengubah warna dan bentuk sayuran. Boleh juga boleh menyediakan ketulan ais untuk memastikan kepanasan suhu sayur-sayuran yang dikeluarkan dari air panas dapat turun dengan serta merta.

Sekaligus menghentikan proses sayur menjadi terlebih masak dan sayur lebih rangup rasanya.

Ini bagi kaedah melayur sayuran. Contohnya carrot, brokoli atau kobis... Biar air mendidih.. baru masukkan... Lepas tu kacau-kacau sikit terus angkat dan masukkan dalam air ais... Insha Allah sayur jadi rangup sebelum kita masak tumis.

6.Kurangkan Pengunaan Garam, Gula dan Bahan Pengawet Dalam Makanan.


Gunakan bahan semulajadi seperti rempah ratus atau pun sayuran seperti karot untuk menambah rasa masakan. Ia lebih selamat dan terjamin dari segi kesihatan tanpa bahan-bahan pengawet atau penambah rasa.

Elakkan kalau boleh guna selalu... Kiub ayam atau sebagainya tu boleh gunakan tapi jangan kerap. Nak bagus buat sendiri... Lebih sihat ...

7. Jangan Gunakan Minyak Masak Berulang Kali


Minyak masak yang digunakan  berulang kali tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan saluran arteri tersumbat, hipertensi dan  merosakkan hati.

Memang kalau MF tak selesa nak guna berulang kali... Sekali masak je dah buang... Sebab tu sebulan 10kg minyak masak juga. Sebab banyak menggoreng kan... Kengkadang je memanggang...


Jadi, nak sihat, nak kurus tak payah membazir beli produk itu ini... Cuba aje dengan ubah gaya kita memasak... Insha Allah... sihat dan kuruslah kita jika berusaha...

Olahan sumber:  Majalah Mingguan Wanita_

2Ulasan

  1. InshaAllah setiap hari cuba perbaiki dan perbetulkan cara memasak.

    BalasPadam
  2. banyak yg mmg akak dh amalkan, cuma kene kurangkan bab garam , kicap n sos tuh...
    kalau beli ayam mmg akak suh buang kulit siap2, pastu kt umah tinggal basuh bersih2 n buang lemak2nya tuh

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ