GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 Sebab Berat Naik Selepas Kahwin

Kebanyakan wanita memang akan naik berat lepas kahwin. 


MF sendiri lepas kahwin anak pertama tak naik sangat lagi... 


Masuk anak ketiga dan keempat.. Huhu.. Berat naik tanpa diundang pula.. Walaupun berat tu masih paras BMI normal tapi sebab tak biasa.. Kaki jadi sakit... 


Rasa tak best pula.. Huhu... Apa pun alhamdulillah... Sebab masih sihat walaupun sakit kaki.. 😅😅😅


Ada 6 Sebab Berat Naik Selepas kahwin. 

1. Dah mula malas bersenam

Bukan malas tapi sebenarnya lebih kepada tak sempat. Tambah pula kalau ada anak. 


2. Jaga hati pasangan 

Haha... Yang ni sebab dah sorang naik berat kan.. Kena la ada teman.. Haha... 


3. Tak perlu fikir jodoh

Yang tak berapa setuju kot.. Rupa paras memang bukan yang utama dalam mencari pasangan hidup... Tapi bagi lelaki memang akan tengok juga bab rupa kan... Sebab wanita ni jaga badan untuk nampak menarik sebelum kahwin. 


4. Tabiat pemakanan

Makan tak tentu masa. Kalau ada anak.. Memang takde nak ikut waktu makan.. Kadang sarapan dan tengah hari tu sekali je makan. 


5. Asyik menonton tv

MF jarang tengok TV.. Mungkin teman anak tengok TV kan.. Jadi penyebab kita tak bergerak banyak sangat. 


6. Mak mentua masak sedap

Haha.. Untung siapa dapat mak mentua macam ni. MF mak mentua dah uzur kan.. Jadi MF yang akan masak je. 


Tambahan

7. Perubahan hormon 

Ini sebenarnya yang terjadi... Bila makin berusia, hormon badan pun makin berubah... Jadi tak hairan metabolisme badan pun berubah juga. Itulah yang menjadikan badan mudah naik walaupun amalkan diet sihat. 


Apa pun.. Biar pun begitu... Wajib jaga badan.. Untuk mudahkan kita bergerak, ibadat dan sihat serta cantik.. Insha Allah... 


Kuruskan badan itu juga satu tuntutan untuk mudahkan kita beribadah kepada Allah. 

4Ulasan

  1. Hi there to all, the contents present at this site are in fact remarkable for people knowledge, well, keep up the
    nice work fellows.

    BalasPadam
  2. ehehehe mak mertua masak sedap hehe.. tapi kite ni belom kawen da bolat..
    ngeh2 =P

    BalasPadam
  3. Setuju dengan point ni 1,4,5 dan 7.. kikiki..

    BalasPadam
  4. Masakan isteri tersayang sedap ..amacam..boleh masuk list bagi lelaki kan..hehehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ