بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
4 Cara Simpan Daging dalam Pembeku, Tahan Hingga Setahun! | Daging, tak rugi beli banyak sebab boleh simpan lama. Daging boleh disimpan dan tahan lama kalau betul cara pengendalian dan cara menyimpannya.
Kalau betul cara simpannya, boleh tahan setahun.
sumber: google images |
Jadi, ini dia 4 Cara Simpan Daging dalam Pembeku, Tahan Hingga Setahun yang boleh kita aplikasikan. Daging raya korban kan nanti banyak kan... Jadi... simpan dengan cara yang betul supaya tahan lama dan tak mudah rosak.
1. Sebelum disimpan, jangan cuci daging.
Jika dicuci dengan air paip, nanti kuman akan masuk kat dalam pori-pori daging. Ini akan merosakkan kualiti daging. Digalakkan cuci daging ketika hendak memasak.2. Jika mendapat banyak daging, jangan simpan dalam kuantiti yang banyak.
Potong daging dalam ukuran yang kecil dan simpan dalam plastik 1/2kg atau 1kg.Jika nak masak, ambil satu plastik dan yang lain tetap beku dalam plastik. Daging yang tetap beku dapat disimpan lebih 1 tahun dalam pembeku.
3. Sejukkan dahulu sebelum dibekukan.
Sebelum disimpan di dalam freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti sejuk selama 4-5 jam. Dah sejuk baru masuk ke dalam pembeku.4. Jika akan memasak daging beku, jangan cairkan ais daging atau daging beku menggunakan air panas.
Cara yang betul adalah dengan meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip yang suhu normal (daging masih berbungkus rapat dalam plastik). Setelah dah lembut, baru buka plastik dan cuci bersih dan bolehlah dimasak.
Sumber: Halal Centre Fakultas Penternakan UGM via Instagram
tq MF for the tips..
BalasPadamyang no 3 tu Sha baru tahu..
BalasPadam