GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol | Anak-anak yang melasak, memang tak kan terlepas dari alami benjolan akibat jatuh..

Anak MF, yang perempuan semuanya lasak-lasak... Jatuh itu satu kebiasaan dah...

Bila jatuh, jangan cepat panik... Tengok tempat jatuh tu... Ada bengkak atau benjol tak...

Kalau ada benjolan, atau bengkak serta lebam, buat rawatan tuam.

Tapi kena juga tau cara nak tuam barulah boleh merawat... kalau salah cara nanti melarat aje...

Ini, MF kongsikan perkongsian dari Doktor dari Rehabilitasi #MedTweetMY cara melakukan tuam yang betul.

Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol
sumber: google images

Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol

“Tuam ais ke tuam haba lebih baik untuk surutkan bengkak selepas kecederaan sukan?”

Kedua-dua tuam ais dan haba memberi kesan yang baik kepada pemulihan kecederaan sukan. Namun perlu tahu bila tuam ais atau haba lebih sesuai digunakan.

Tuam ais, atau cryotherapy sesuai untuk kecederaan akut seperti terseliuh, terkehel, otot atau tendon terlebih regang, trauma tumpul pada otot dan sebagainya.

Rawatan ini memanfaatkan reaksi pembuluh darah yang akan mengecut jika didedahkan kepada kesejukan. Reaksi ini akan menyebabkan penurunan bekalan darah dan secara tidak langsung mengurangkan reaksi keradangan. Hal ini mengekang pembentukan bengkak yang teruk.

Selain itu, tuam ais dapat menurunkan aktiviti saraf. Ini boleh memberi kesan kebas lantas mengurangkan kesakitan kepada kawasan kecederaan.

Oleh yang demikian, tempoh yang sesuai untuaman ais adalah pada awal tempoh kecederaan, iaitu sebaik sahaja kecederaan berlaku dan 3 hari berikutnya.

Cara-cara melakukan tuaman ais:

1. Letakkan ais atau pek ais ke dalam balutan tuala kecil.

2. Tuam ais pada bahagian yang tercedera selama 10 minit dan angkat tuaman 5 minit.

3. Ulang langkah 2 selama 4 kitaran.
Boleh ulang set ini 2-3 kali sehari

[ ! ] Elakkan daripada meletakkan ais secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit, tisu dan saraf.

Tuam haba, atau thermotherapy pula sesuai kecederaan kronik atau kecederaan yang melibatkan kekejangan dam sengal otot. Contoh: silap bantal dan simpul biawak.

Haba memperbaiki aliran darah ke kawasan yang di tuam dan merelakskan otot dan melegakan kesakitan kekejangan otot. Selain itu haba juga menjadikan otot lebih fleksible. Ia memberi efek yang selesa selain mempercepat proses pemulihan.

Tuam haba sesuatu dibuat pada hari ke-4 dan seterusnya selepas kecederaan.

Cara-cara lakukan tuaman haba:


1. Lembabkan tuala dengan air suam atau letakkan pek haba dalam balutan tuala.

2. Tuamkan pada bahagian yang tercedera selama 5 minit, dan berhenti seketika.

3. Ulang langkah beberapa kali sehingga kesakitan lega.

[ ! ] Elak daripada meletakkan sumber haba secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit. Tuam haba pada awal kecederaan boleh mengakibatkan bengkak yang besar.

Jika ada luka, elakkan lakukan mana-mana tuaman. Berjumpalah dengan doktor jika ada kesangsian berkenaan pilihan tuaman.

Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Jadi, dah tau cara, jangan salah lagi... paling penting kalau anak jatuh... jangan cepat panik... Dakap dan peluk anak... usap kawasan yang tercedera atau lebam atau bengkak tu sambil selawat banyak-banyak... Kemudian buatlah tuam ni sebagai rawatan awal. Lepas tu dalam masa 24 jam pantau... kalau ada muntah, demam atau sawan dalam masa 24 jam lepas jatuh, terus ke hospital... Tak payah tulis kat FB lagi ye... sebab dah bagitau ni...

Semoga bermanfaat...

Moga Allah lindungi anak-anak kita semua.. insha Allah. 

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ