5 Tips Sihat Cantik Cara Islam

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Tips Sihat Cantik Cara Islam | Islam agama yang lengkap... Kalau kita ikut betul-betul cara hidup Islam.. Insha Allah.. Kita akan sihat, kuat dan cantik...

Salah satu tips mudah yang diajar Nabi s.a.w untuk sihat dan cantik ialah dengan cara menjaga makan.

Amalkan makan dengan cara bersederhana. Bukan berlebihan.

Tips Sihat Cantik Cara Islam



عَنْ مِقْدَامَ بْنَ مَعْدِ يكَرِبَ يَقُولُسَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ حَسْبُ الْآدَمِيِّ لُقَيْمَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ غَلَبَتْ الْآدَمِيَّ نَفْسُهُ فَثُلُثٌ لِلطَّعَامِ وَثُلُثٌ لِلشَّرَابِ وَثُلُثٌ لِلنَّفَسِ

Dari Miqdam bin Ma'dikarib berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah memenuhkan anak Adam itu sebuah bekas yang lebih hina melainkan memenuhkan perutnya. Sekiranya ia makan memadai dengan beberapa suapan yang dapat menegakkan (menguatkan) tulang sulbi (tulang belakangnya). Jika dia dikuasai oleh nafsunya maka (hendaklah diisi perutnya) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minum dan sepertiga untuk bernafas." (HR Ibnu Majah No: 3340) Status: Hadis Sahih


Berdasarkan hadis ni, ada dinyatakan 5 tips sihat dan cantik yang boleh kita amalkan

Pengajaran Hadis

1. Wajib jaga kesihatan

Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk memelihara kesihatan tubuh badan supaya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan baik dan sempurna.

2. Waspada dengan makanan yang diambil 

Setiap Muslim hendaklah sentiasa berjaga-jaga dengan makanan yang diambil. Ambillah makanan dengan kadar yang sederhana dan mampu memberikan tenaga untuk melakukan amal, jangan berlebihan yang boleh mendatangkan mudarat.

3. Mudarat jika makan berlebihan

Mudarat pada kesihatan adalah berpunca daripada makanan yang keterlaluan. Obesiti atau kegemukan akibat makan yang berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan sebagainya. Kata al-Harith bin Abi Kaladah, seorang ahli perubatan Arab: 

"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" (Al-Kasyf al-Ilahi, m/s 499).

4. Jauhi sifat tamak

Al-Quran menyarankan agar makan dan minum dengan kadar yang sederhana dan menjauhi sifat tamak, mementingkan diri sendiri serta membazir. Firman Allah:

وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ

“Makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (al-Araf: 31)

5. Amalkan amalan 1/3 untuk sihat

Kita dianjurkan agar mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu 1/3 dari perut di isi dengan makanan, 1/3 diisi dengan air dan 1/3 dikosongkan untuk bernafas.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram


Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !