GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Mudah Nak Dapat Anak Yang Soleh Solehah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Anak Soleh Dan Solehah Bermula Dengan Kesolehan Ibu Dan Bapanya


Antara amalan anak soleh dan solehah yang menguntungkan kedua ibu bapanya sama ada ibu bapanya masih hidup mahupun telah meninggal dunia adalah, setiap kali dia bersedekah, sedekahnya itu diniatkan bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk kedua ibu bapanya juga.

Cuba kalian bayangkan, selama anak anak yang soleh dan solehah itu hidup mungkin sahaja 20 ke 30 tahun, lalu setiap sedekahnya pula tidak pernah lupa untuk diniatkan untuk kedua ibu bapanya, betapa beruntungnya kedua ibu bapanya kerana ''akaun akhiratnya'' sentiasa mengalir pahala yang mampu menyelamatkan dirinya dihadapan Allah nanti.  Dan pahala itu jugalah akan membantu ibu bapanya masuk ke dalam syurga.

Malangnya, kesedaran untuk memperolehi anak yang soleh dan juga solehah ini bukanlah satu target utama yang ingin dicapai oleh sesetengah ibu bapa. Kalaupun mereka menginginkan anak mereka menjadi soleh dan solehah tetapi tingkahlaku dan kehidupan ibu bapa itu sendiri tidak menjadi pendorong kepada anak anaknya untuk menjadi soleh dan solehah.

Ya, memang benar islam tidak mengenepikan ilmu keduniaan yang perlu dipelajari oleh anak anak, tetapi ibu bapa perlu sedar bahawa mendidik anak itu menjadi soleh dan solehah lebih utama berbanding dia dididik menjadi orang berjaya di dunia semata. Amatlah mengundang bahaya apabila anak anak itu hanya berjaya di dunia lalu kejayaan akhirat diabaikan.

Mungkin kita berjaya mendidik anak anak menjadi orang yang hebat semasa hayatnya, tetapi apakah ia bermakna sekiranya dia tidak pandai mendoakan kita, tidak pandai memandikan kita ketika kita tidak berupaya untuk mandi dek kerana sakit, meninggikan suara ketika bercakap dengan kita, menengking kita kerana memarahi kita, tidak mengendahkan kita ketika kita memerlukan pertolongan mereka?

Cuba kita bayangkan, ketika kita nazak hendak mati, anak anak yang kita harapkan untuk membacakan Al Quran disisi kita tidak pandai membacakan ayat ayat suci Al Quran. Lalu  dipasangkan sahaja youtube atau audio Al Quran sebagai gantii. Itukah yang kita mahu dan harapkan? Lebih teruk lagi, jika mereka langsung tidak mempedulikan kita walaupun kita sedang nazak. Wal'iyyazubillah!

Tips Mudah Nak Dapat Anak Yang Soleh Solehah

Justeru, mulakanlah mendidik anak anak untuk menjadi soleh dan solehah dengan kita sebagai ibu bapa menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu. Mulakan dengan memperbaiki solat, membaca dan memahami isi kandungan Al Quran, meningkatkan kefahaman terhadap ilmu ilmu agama dan sehinggalah mampu berdisiplin melakukan amalan soleh. 

Kita sama samalah memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menggalas tugas ini. Wallahu'alam

Kredit: #AkhiAdifGorment via telegram channel
15 Zulhijjah 1439H
27 August 2018

2Ulasan

  1. Aamin...moga kita menjadi anak soleh solehah kemudian didik anak-anak menjadi soleh dan solehah juga...

    BalasPadam
  2. Aminnn... semga kita dikurniakan anak yg soleh dan solehah serta kita berjaya mendidik mereka menjadi insan berguna

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ