Rupanya Suami Yang "Sihir" Isteri Sendiri Hingga Rumahtangga Bergolak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



PERHATIAN DAN PRIHATIN

Kurang lebih 2 tahun lepas, sang faqir menerima panggilan telefon oleh seorang lelaki, yang juga seorang pengusaha bas ekspress.

Sang faqir gelar akannya dengan Encik S. Perbualan awal dalam telefon.

Encik S: Assalamualaikum ustaz.

Sang faqir : Waalaikummussalam WarahmatULLAHi Wabarakaatuh.

Encik S : Ustaz, saya S. Dapat no tel ustaz dari kawan saya, saya ada masalah. Difahamkan ustaz boleh mengubat orang. Minta ustaz bantu saya.

Sang faqir : Sya tak pandai mengubat orang. Ikhtiar, insyaALLAH. Ada masalah apa ye?

Encik S : Begini, rumahtangga saya ada masalah. Dalam rumah panas saja (aduan standard), asyik bergaduh saja saya dengan isteri.

Sang faqir : Ooo gitu, kena pasang aircond kot. Baru sejuk.

Encik S : Bukan masalah aircond nie ustaz, nie masalah sihir nie, ramai ustaz saya dah pergi, semua cakap sihir.

Sang faqir : Oo sihir. Macam nie lah Encik S. Kita set appointment, Encik S dengan isteri kena datang ke klinik saya. Kita periksa masalah sebenar, boleh?

Encik S : Ok, boleh ustaz.

Temujanji ditetapkan. Tiba hari yang telah dijanjikan. Encik S dan Puan N hadir ke klinik TIAF. Mereka dijemput masuk dan duduk di dalam bilik konsultansi.

Sang faqir : BismILLAH. Ok, boleh saya tahu apa masalah ya?

Encik S : Saya mulakan dulu ye ustaz. Begini, saya dan isteri selalu gaduh. Asal saya balik rumah saja, mesti jadi panas, nak gaduh saja. Kami dah kena sihir.

Sang faqir : Macam mana boleh kata gitu?

Encik S : Dah pergi banyak tempat dah. Semua ustaz cakap sihir.

Sang faqir : Kalau macam tu, mesti dah selesai, kan?

Encik S : Masih belum ustaz, makin teruk adalah. Saya syak isteri saya nie kena sihir.

Sang faqir : Puan N, ada hendak kongsi apa-apa?

Puan N hanya menggelengkan kepala.

Encik S : Haa, macam tu lah dia ustaz, kalau tanya apa-apa, itu sajalah yang dia tahu. Diam, geleng. (Sambil mendengus). Minta ustaz keluarkan jin-jin pada dia.

Sang faqir : Sabar Encik S. Macam nielah. Saya yakin dan berani jamin, ini bukan kes sihir. Amat-amat pasti.

Encik S : Betul ke nie ustaz? Takkan kot. (Menampakkan wajah ragu-ragunya)

Sang faqir : Betul. Begini, boleh saya tahu Encik S dan Puan N ada berapa orang anak?

Encik S : Ada 5 orang, ustaz.

Sang faqir : Ok, rata-rata umur berapa? Siapa yang jaga dan uruskan?

Encik S menguit Puan N tanda arah supaya menjawab.

Puan N : Saya, ustaz. Yang sulung umur 12 tahun, yang bongsu 4 tahun.

Sang faqir : Ok. Encik S, selalunya balik rumah pukul berapa?

Encik S : Saya balik rumah tak tentu ustaz. Kadang-kadang tengah malam, takpun lewat malam. Tengoklah kalau bas semua ok, awallah sikit saya balik.

Sang faqir : Awal tu jam berapa?

Encik S : Dalam jam 11 lebih kurang.

Sang faqir : Jadi, urusan anak-anak, rumah, memang Encik S serah sepenuhnya pada Puan N?

Encik S : Terpaksalah ustaz. Dulu pernah ada maid, maid pula lari.

Sang faqir : Puan N ada hendak cakap apa-apa?

Puan N hanya menggeleng sahaja.

Sang faqir : Beginilah, sebenarnya masalah ini timbul disebabkan keletihan Puan N uruskan rumah. Encik S balik rumah waktu semua orang dah tidur, tenang. Puan N tiada tempat melepaskan letihnya.

Encik S : Saya nie sibuk ustaz. Mana sempat nak bantu hal-hal di rumah.

Sang faqir : Encik S, dunia nie tempat untuk kita sibuk. Sibuk paling penting adalah sibuk untuk mengisikan masa dengan amalan kebaikan. Dan kalau kita mengaku kita sibuk, kita masih lagi ada kelapangan. Kerana manusia yang benar-benar sibuk dalam dunia ini adalah RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam.

Encik S : Nak buat macam mana ustaz, memang saya sibuk.

Sang faqir : Maaf saya bertanya hal peribadi sikit. Boleh?

Encik S : Boleh ustaz

Sang faqir : Dalam seminggu berapa kali Encik S melakukan hubungan kelamin?

Encik S : Hmm, dalam 2 kali seminggu, ustaz.

Sang faqir : Bermaksud, Encik S bukan orang yang sibuk, kerana orang yang sibuk tidak akan terfikir langsung tentang seks. Puan N, maaf saya bertanya. Kenapa Puan N tak berterus terang pada Encik S, yang Puan letih?

Puan N : Saya dah penat ustaz. (Puan N mula bersuara). Saya penat dengan kerja rumah, saya penat dengan tuduhan suami saya, cakap saya ada jin. Saya dah penat sangat ustaz, saya dah tak tahu hendak buat apa. (Puan N tertunduk menangis).

Sang faqir : Encik S dah dengar? Itulah sihir yang sebenar, yang ramai ustaz di luar rumah tak mampu buang, tapi ustaz dalam rumah yang patut selesaikan.

Encik S : Apa lagi patut saya buat? Semua saya dah sediakan.

Sang faqir : Perhatian dan Prihatin. Itu sahaja yang perlu Encik S buat. Dan 2 perkara yang telah hilang sekian lama dalam rumah Encik S. Dan 2 perkara itu juga adalah aircond dan kipas dalam rumah Encik S yang Encik S cakap panas tadi.

Encik S terdiam dan kelihatan resah.

Sang faqir : Inipun dalam Encik S asyik sibuk nie, silap-silap ada niat hendak pasang cawangan lain.

Encik S seumpama menelan batu, dan tidak lepas di tekak.

Sang faqir : Ke saya salah Encik S?

Encik S : Memang betul ustaz, saya ada niat nak kahwin lagi. Yerlah, sunnah kan, poligami nie. Lagipun saya mampu.

Sang faqir : Encik S, kita tidak demam tapi kita suka-suka hati telan panadol? Apa jadi ya?

Encik S : Mengantuk kot. Dah tak demam, nak telan panadol buat apa. Tapi apa kaitan?

Sang faqir : Memang ada kaitan. Encik S tiada keperluan untuk poligami, tapi hendak poligami, itu dah jadi kehendak. Air kopi yang sedia ada masih belum habis diminum, tiba-tiba kita hendak minum teh tarik di meja lain pula, apa maksudnya?

Encik S : Tapi saya mampu ustaz. Dia (tunjuk pada Puan N) yang tak bagi.

Sang faqir : Mampu pada faham Encik S tak sama dengan mampu pada takrif agama, Encik S mungkin mampu dengan nafaqah zahir, mampu nafaqah batin, tapi nafaqah tarbiyyah macam mana? Anak-anak berapa kali khatam Al Quran? Ilmu Tauhid macam mana? Encik S lebih tahu jawapannya. Dan masalah panas dan semakin panas ini mula daripada Encik S ajukan niat Encik S kan?

Encik S : Rasanya gitulah, ustaz.

Sang faqir : Begini Encik S, memang poligami itu sunnah. Tetapi perlu faham kepada siapa? RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam ada sifat fatonah iaitu bijak dalam setiap perbuatan, janganlah kita mencemarkan sifat tersebut dengan kejahilan kita. Maksud saya, sunnah kena belajar sungguh-sungguh, faham sungguh-sungguh. Encik S tahu sunnah ada berapa jenis?

Encik S : Sorry ustaz, tu semua saya tak tahu, tak sempat belajar. Lagipun saya bukannya ustaz.

Sang faqir : Haa, situ pun dah silap, hendak jadi orang yang berilmu tidak semestinya kena tunggu ada cita-cita nak jadi ustaz. Beginilah Encik S, hendak selesaikan semua perkara ini mudah sahaja.

Encik S : Macam mana tu?

Sang faqir : Encik S latih diri untuk beri perhatian dan prihatin pada keluarga terutamanya pada Puan N, jika tiada masa untuk bantu dia di rumah sekalipun, luangkan masa berbual dengannya. Jika Encik S boleh buat semua ini, semua sihir yang Encik S anggap ada selama ini, akan hilang terus. Puan N, betul tak yang saya sebut tu?

Puan N : Betul ustaz. Saya takde kawan, setiap hari bosan, hujung minggu pun bosan, saya macam tunggul dalam rumah. Entahlah. (Sambung menangis).

Sang faqir : Sabar Puan N. Encik S, saya rasa tugas saya dah selesai. Saya minta Encik S selesaikan sebaiknya dengan Puan N. Jangan sampai Puan N buat novel " Suamiku lelaki egois" pula. (Puan N tertawa kecil)

Konsultansi tamat setelah hampir 1 jam setengah di dalam bilik. Encik S dan Puan N pulang dengan membawa bekalan bebelan dari sang faqir.

Pesanan kepada yang ingin membuat temujanji dengan sang faqir untuk masalah rumahtangga dan ingin mengaitkannya dengan masalah jin, mohon kenalpasti masalah sebenar dahulu, kerana bimbang kalian terpaksa menadah telinga mendengar sang faqir membebel.

Wahai suami, pimpinlah tangan isterimu ke Syurga ALLAH.
Wahai isteri, genggamlah tangan suamimu ke Rahmat ALLAH.
Wahai anak-anak, eratkanlah pautan tanganmu pada ibubapamu ke Redha ALLAH.

Semoga ALLAH amankan rumahtangga sekalian umat Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam dengan Rahmat dan RedhaNYA.

Wassalam.

Kredit: Facebook

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. terbaek.. ada hati nak pasang bnyk. yg 1 pun x terjaga.. hehe

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^