div id='header-inner'>

17 Fakta Menarik Tentang Proton SUV X70

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

17 Fakta Menarik Tentang Proton SUV X70 | Hari ni, Proton dah mula buka tempahan bagi sesiapa yang nak tempah SUV baru keluaran Proton.

Proton SUV yang diberi nama X70 itu dah mula heboh dek ramai orang sejak 2 3 bulan lepas.

Akhirnya, bulan ni baru dibuka untuk tempahan. Cantikkan warna merah dia.. Berkenan gak tengok...

Tapi apa yang best dengan kereta keluaran Proton kali ini...

Apa yang menarik dengan Proton X70?

17 Fakta Menarik Tentang Proton SUV X70

17 Fakta Menarik Tentang Proton SUV X70


1. Bakal ditawarkan dalam empat pilihan varian – Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD.

2. Dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.8 liter TGDI yang mampu menghasilkan 181 hp dan 285 Nm tork. Penjana kuasa ini digabungkan bersama transmisi automatik enam kelajuan.

17 Fakta Menarik Tentang Proton SUV X70

3. Kemasan dalaman mewah dengan balutan kulit Nappa berwarna perang selain kemasan aluminium dan penggunaan plastik sentuhan lembut pada papan pemuka.

4. Enam pot USB yang boleh digunakan sebagai pengecas peranti mudah alih.

5. Corong pendingin hawa belakang dilengkapi dengan pembersih udara (filter) untuk pastikan udara lebih segar.

6. Fungsi arahan suara (voice command).

7. Lampu hadapan projektor yang disertakan dengan lampu nyalaan siang LED.

8. Bumbung panoramic (sunroof/moonroof) - (untuk varian Premium).


9. Sistem bunyi yang berkualiti tinggi.

10. Panel meter digital sepenuhnya.

11. Skrin sentuh pemain multimedia bersaiz 8-inci.

12. Stereng rata di bahagian bawah yang sangat cantik dan sporty.

13. Kemasan penutup enjin seperti kereta mewah jenama Eropah.

14. Sistem suspensi bebas.

15. Penggunaan elemen rekaan Malaysia yang dihasilkan dari olahan motif seni tradisonal tempatan yang dikenali Infinite Weave untuk perincian di ruang kabin seperti pada seperti penutup pembesar suara dan pemegang pintu bahagian dalam.

16. Corak Infinite Weave turut digunakan pada jeriji hadapan yang diilhamkan dari busur.

17. Rim aloi bersaiz 18-inci dengan tayar berjenama Hankook Dynapro HP2 bersaiz 225/60R18.

Memang terbaik lah tengok ciri kereta ni.. Nampak mewah...

Tapi sehingga hari ni belum dikeluarkan harga... Cuma anggaran dalam RM90 ribu ke atas.

Bagi MF yang berpengalaman kereta Proton... Proton memang mengutamakan ciri keselamatan pada keretanya untuk keselamatan pemandu dan penumpang.

Reka bentuk dalaman dan luaran penuh ciri keselamatan. Jadi, padan dengan harga.

Tapi serius berkenan juga dengan Proton SUV ni... Hehe.. Tapi.. Cukuplah dengan yang ada.. Tak mampu cheq nak beli lagi walaupun ikut gaji boleh lagi.. Haha..

Pakai kereta ni memang tak susah nak membeli... Tapi nak maintainance tu.. Hadehh... Kejap, minyak hitam, tayar, enjin.. Itu ini.. Ada aje lah karenah dia..

Jadi, jika yang sedang mencari kereta yang nampak. Sporty, boleh cuba Proton SUV X70 baru ini...

Dah boleh mula tempah hari ini dengan deposit RM1000.


Sumber: Google

Catat Komen

3 Ulasan

  1. akak baru je habis bayar alza, rasa nak berehat dulu drpd berhutang utk kereta.. terpaksa ikat perut lg nanti....wp dlm hati mmg berkenan..

    BalasPadam
  2. 1st time husband liez poat dlm group WA terus jatuh hati.. cantik dan stylo.. liez pulak mmg suka kereta SUV sbb mcm sesuai dgn ketinggian liez yg tinggi bangat niii..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)