Yang Banyak Mengadap Komputer dan Gadjet, Amalkan Teknik 20.20.20 Untuk Jaga Mata dari Rabun

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Yang Banyak Mengadap Komputer dan Gadjet, Amalkan Teknik 20.20.20 Untuk Jaga Mata dari Rabun | Kebanyakan pekerjaan hari ini memerlukan kita untuk menggunakan komputer sepanjang hari.

Kerja cikgu ke, nurse ke, kerja pejabat ke... Kebanyakannya guna komputer atau laptop. Bahkan ada juga tak lepas dari mengadap laptop atau tablet ataupun iPad.

Selepas bekerja, mata fokus ke telefon pula. Telefon sekarang kebanyakan smartphone, semua jenis touch screen aje. Tinggi resolusinya. Balik ke rumah, mata di tumpukan ke TV pula.

Ini menyebabkan mata terdedah kepada “sinaran biru” sepanjang hari termasuk di waktu malam. Sebelum tidur pun mengadap phone lagi kan....

Sinaran biru ini telah di ketahui mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan.


Kesan Sinaran Biru. 

☑️ Menjejaskan waktu tidur dan menyebabkan memori dan ingatan terganggu
☑️ Merosakkan retina dan menjejaskan penglihatan
☑️ Mungkin boleh menyebabkan katarak
☑️ Mengganggu pembelajaran
☑️ Risiko kegemukan, kanser dan kemurungan

Cara Jaga Mata dengan Teknik 20.20.20

Tips Jaga Mata

Antara saranan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalkan tips 20.20.20.

☑️ Setiap 20 minit, hentikan melihat skrin komputer, telefon dan TV
☑️ Lihat objek sejauh 20 kaki
☑️ Selama 20 saat

Mudah je kan... Teknik ringkas yang semua orang boleh buat.

Mengadap laptop dan Gadjet satu rutin harian yang tak terlepas MF akan buat dan pasti buat.

Kalau blogger pun sama juga... Terutama yang buat kerja editing coding dan sebagainya.

Jadi, jangan amalkan mengadap komputer lebih dari 20 minit setiap sesi.

Jaga mata kita, sebab ianya tiada spare part... Kalau ada pun, yang original tu lebih baik kan..

Bagi yang memang sedia rabun, amalkan juga Tips ni supaya power spek tak bertambah lagi...

Sekian, semoga bermanfaat....

Sumber: FB Public Health Malaysia 

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !