GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MI SEGERA

CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MI SEGERA | Mi segera satu makanan sampingan yang semua orang makan.

MF mula makan lepas dah habis belajar. Disebabkan dilatih untuk kawal makan mi segera ni dari kecik, jadi MF bukan seorang yang suka makan...

Sebulan atau dua bulan sekali atau sesekali rasa teringin je makan.

Tapi ada orang memang ketagih betul dengan mi segera ni.

Tapi tahukah anda...
Mi segera antara makanan segera yang menyumbang kepada sakit jantung. Sebab kandungan mee dan juga perisa atau perencahnya.

Jadi, yang suka makan mee segera pastikan tahu cara masak mee segera yang betul untuk kurangkan risiko sakit jantung dan penyakit yang lain.


CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MI SEGERA


Cara yang betul untuk memasak mi segera tanpa ia merosakkan badan dan kesihatan kita.

Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk perencah dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit . Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.

Ini adalah kaedah memasak mi segera yang SALAH.

Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.

Mi itu disalut dengan lilin makanan dan mi tersebut akan mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk dinyah keluar oleh badan kita selepas anda makan mi tersebut. MF sendiri pernah lihat satu video betapa susahnya usus nak proses mee dalam perut kita..

CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MI SEGERA


1. Rebus mi didalam periuk air.

2. Setelah mi dimasak, toskan mi, dan buang air tersebut yang telah mengandungi lilin.

3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.

4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mi.

5. Sekiranya, jika anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.



Seandainya anda membeli mi hakka yg kosong, biasanya apa yang anda perlu buat ialah anda mendidihkan air dan merebus mi tersebut dan kemudian membuang air. Proses Ini akan melembutkan mi tetapi untuk menghalangnya daripada melekat kita perlu menambah satu sudu teh minyak kedalam air dan juga mi tersebut perlu di goreng deep fried setengah masak untuk memjadikan mi tersebut garing dan kemudian dilumur dengan tepung untuk mengelakkan mi tersebut daripada melekat semasa di rebus.

Ramai pesakit yang berumur antara 18-24 tahun berakhir dengan pankreatitis sama ada sebagai bengkak atau jangkitan pankreas akibat makan mi segera secara kerap ...

Jika kekerapan lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya ...

Jadi, sesekali makan sebab teringin tu tidaklah memudaratkan.

Sumber:Facebook 

2Ulasan

  1. tried my best to stay away from it. tp kadang2 makan la jugak.

    BalasPadam
  2. ida pun jarang makan megi ni..dlu mmg feberet time duit xde..hehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ