GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pengumuman Penting!!! Bonus 1000 Khas Untuk Muslim Sahaja

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pengumuman Penting!!! Bonus 1000 Khas Untuk Muslim Sahaja | Alhamdulillah, penjawat awam dapat RM700 bagi gred DG41 ke bawah...

Lepas tu setiap kerajaan negeri pula umum bonus 1000 kepada kakitangan kerajaan negeri. Antaranya Pulau Pinang, Johor, Perak yang umum bagi bonus raya 1000. Fuhh.. raya sakan depa noh...

Mesti ada la yang sedih kan... sungguh la sedih...

Tapi, jangan sedih... ada bonus 1000 yang semua orang akan dapat. Kerja swasta ke, kerja kerajaan ke, kerajaan persekutuan ke, kerajaan negeri ke... semua dapat... Bonus ni akan terus masuk 'akaun' kita. Cuma syarat utama dia Orang Islam lah...

Bonus ni dah lama umum dah, tapi ramai orang tak perasan. Maklumlah dah nak raya kan... Dok fikir, baju raya, kuih raya, balik kampung je... sampai tak perasan bonus 1000 ni...

Pengumuman Penting!!! Bonus 1000 Khas Untuk Muslim Sahaja

Pengumuman Penting!!! Bonus 1000 Khas Untuk Muslim Sahaja
-sumber-google images

Bonus apa 1000 tu???

Iaitulah bonus 1000 yang dijanjikan Allah kepada sesiapa yang layak dapat malam Lailatulqadar.

Allah berfirman.

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” [Al-Qadar : 1-5]

Bayangkan kita beribadat 1 malam tu, kalau dapat malam tu umpama kita beribadat 1000 bulan... seribu bulan tu sama dengan ibadat kita 83 tahun... fuhh... sekarang kita umur berapa? Adakah sepanjang hidup kita sekarang ni penuh dengan ibadat??? Pasti tak kan... Tapi memang beruntung siapa dapat bonus 1000 ni, kredit masuk akaun buku amalan... 83 tahun pahala ibadah...

Bila berlaku Malam Lailatulqadar?

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda.

تَحَرَّوْا وفي رواية : الْتَمِسُوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِيْ الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ

“Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan” [HR Bukhari 4/225 dan Muslim 1169]

Sekarang nilah 10 malam terakhir... cari pada malam yang ganjil... jadi, rebut peluang ni... pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan... Gandakan amalan dengan zikir, solat sunat, dan kurangkan hal dunia...

APA AMALAN YANG PERLU DILAKUKAN?

Semua jenis amalan soleh dan ikhlaskan niat sedaya mungkin, antara amalan:-

1. Solat fardhu berjemaah setiap waktu.
2. Solat sunat Rawatib & lain-lain solat sunat
3. Iktikaf di masjid bagi yang mampu.
4. Memperbanyak tilawah Al-Quran
5. Memperbanyakkan Sedeqah
6. Membantu orang dalam melaksanakan kebaikan dan melepaskan kesukarannya.
7. Banyakkan berdoa dan yakin akan kemaqbulannya.
8. Basahi lidah dengan zikir yang dilafazkan, bukan sekadar dalam hati.
9.   Taati dan berkhidmat kepada ibubapa.
10. Taati dan tambahkan khidmat kepada suami dan anak-anak.
11. Tambah khidmat pada isteri dan anak-anak.
12. Menjaga pandangan mata dari yang diharamkan.
13. Hentikan mengadu domba dan mengumpat serta cerca maki.
14. IKHLASKAN DIRI bila laksana semua di atas kerana Alah bukan manusia.
15. Banyakkan taubat dan istighfar
16. Selesaikan hutang yang tertunggak
17. Mohon maaf atas kesalahan terhadap mangsa (jika ada) dan pulangkan wang dan harta yang diambil tanpa izin dan tanpa
18. Hidupkan akhir malam(1 jam sebelum subuh) dengan ibadah dan solat hak.
19. dan banyak lagi.

Apa tanda kalau kita dapat Lailatulqadar?

Menurut Syeikh Abdul Qadir Jailani, malaikat akan mengelilingi dunia pada malam al-Qadar dan mengucapkan salam pada orang beriman yang melakukan ibadat.

“Tiga tanda orang yang mendapat ucapan salam malaikat, iaitu bulu roma meremang, mengalir air mata jernih dan hati berasa tenang sekali.

“Ulama mengatakan pada malam itu, kita akan berasa ada malaikat di sekeliling kita. Malaikat masuk ke semua rumah orang beriman, kecuali rumah yang ada berhala, rumah yang menjadi batu api, orang berkekalan dengan dosa besar dan derhaka pada ibu bapa.

“Lailatul Qadar adalah tawaran atau bonus yang paling tinggi daripada Allah untuk manusia, tetapi tidak semua yang dapat disebabkan halangan dari kita sendiri,” katanya.

Jadi, jom rebut bonus 1000 yang lebih penting ini... Jangan sedih tak dapat 1000 bonus di dunia, kerana Allah janji bonus 1000 di akhirat bagi orang yang berusaha dapatkannya di malam lailatulqadar... 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ