بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Drama NUR di Slot Samarinda TV3 | Drama #Nur menjadi trending di bulan Ramadhan ni.
Sebelum ni MF tak tonton drama ni... Tapi bila tular pasal drama ni, MF mula cari info pasal drama ni.
Lepas baca sinopsis ringkas drama Nur ni, MF mula marathon tonton dari episod 1 secara online.
Lepas follow, memang drama ni banyak menyedarkan MF dalam banyak perkara.
Walaupun ada yang mencemuh drama ni kerana takut beri kesan buruk kepada penonton, tapi MF tak rasa penonton begitu b***h untuk menilai sesuatu drama.
Dan MF rasakan drama ni bukan drama biasa. Kerana pengakuan pengarah drama ni, dia dah study isu yang dibangkitkan dalam drama ni. Jadi, drama ini ada memang realiti berlaku dalam masyarakat kita sebenarnya.
MF rasakan, Drama ni memang drama wajib tonton terutama bagi golongan agamawan, yang ada ilmu agama... Sebab kesan drama ni sangat menusuk qalbu MF sebagai seorang yang ada agama.
Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Drama NUR di Slot Samarinda TV3
Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Drama NUR di Slot Samarinda TV3 sumber: kepala bergetar |
1. Jangan menilai orang dari sifat luaran.
Ini points penting dalam drama ni. Nampak orang tu baik belum tentu dia baik.Orang yang dok di lorong gelap belum tentu dia tu confirm ahli neraka.. Dan kita ahli ibadat yang memang sentiasa di masjid belum tentu masuk syurga.
2. Kenali sifat orang munafik
Watak orang munafik ni ditonjolkan oleh watak Ustaz Hamadi.Memang menjadi watak ni. Nampak luaran baik, warak berserban... Mampu berhujah dengan hujah agama tapi sebaliknya dialah kaki perempuan, berzina, perasuah dan pelbagai maksiat yang ada. Nauzubillah.
3. Setiap orang ada peluang nak jadi baik.
Seperti watak Nur, dia berusaha nak jadi baik. Walaupun dia sentiasa dikelilingi dosa dan maksiat tapi dia teguh pendirian untuk jadi baik. Dan tak berhenti berharap supaya dia dapat berubah hidupnya.4. Hormat dan buat baik kepada ibu bapa
Walaupun ibunya pelacur, Nur tak pernah membantah atau tinggikan suara dengan ibunya.Sama juga dengan Adam... Berusaha untuk hormat ibunya walaupun dia dah melukakan hati ibunya.
Dan sebagai ibu jangan buka peluang atau pintu untuk anak menjadi anak derhaka.
5. Cabaran dakwah
Dakwah memang mencabar. Ingat senang nak ajak orang buat baik. Tambah kita pun tak baik mana kan...Tapi cabaran paling hebat nak betulkan persepsi masyarakat yang nampak kotor dan hina pada orang lorong dan maksiat.
6. Redha dengan ketentuan Allah
Belajar redha untuk lebih bahagia. Itulah yang ibu Adam belajar. Akhirnya dia redha bila tau kisah hidup Nur.7. Ujian untuk uji keimanan
Ujian untuk menguji keimanan bukan tanda Allah tak sayang... Kerana sayang Allah akan uji...Ujian juga untuk bukti keimanan kita kepada Allah seperti yang Tercatat Dalam Al-Quran surah al-Mursalat ayat 2.
8. Iman tak dapat diwarisi
Itulah yang berlaku pada Nur. Dia memang dari keturunan pelacur dan keluarga lorong tapi iman dia lebih dari itu. Dia tak pernah melacur pun... Dia mencari rezeki yang halal untuk sara diri dan keluarganya.9. Kemiskinan membawa kekufuran
Ini yang terjadi kepada ibu Nur yang menjurus kepada kekufuran. Ini juga bukti Sabda Rasulullah s.a.w.Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Abu Na’im:
كَادَ اْلفَقْرُ أَنْ يَكُوْنَ كُفْرًا
Ertinya: “Kemiskinan itu dekat kepada kekufuran.”
10. Ketaatan dan kepatuhan isteri kepada suami
Walau marah macam mana kita pada suami tetap kena patuh dan hormat kepadanya.Ibu Nur tengah marah tapi tetap taat, masih buat sarapan... Aishah marah kepada suaminya tapi tetap cuba hormat.
11. Solat mencegah kemungkaran
Nur tetap mendirikan solat walaupun diuji sedemikian rupa.Dan dengan solat itu, dia terhindar dari maksiat walaupun hidup dalam dunia maksiat sekeliling dia.
Dia jaga hak Allah, Allah pelihara dia dari noda.
12. Berusaha mencari rezeki yang halal.
Rezeki Allah luas... Sama ada nak ikut iman atau nafsu.Nur tetap kerja cuci pinggan walaupun disuruh melacur ibunya.
13. Iman bukan pada pakaian.
Ini points yang agak penting. Orang yang bertudung labuh, berserban, berjubah belum tentu orang beriman.Dan jangan hina orang yang tak melaksanakan perintah Allah dengan sempurna itu ahli neraka... Kerana kita yang patuh dan taat kepada perintah Allah ni pun belum tentu ke syurga.
14. Penyakit hati
Dalam drama Nur banyak menunjukkan kesan penyakit hati. Jika hati tu selalu syak wasangka dengan orang, memang segala kebaikannya kita tak nampak.15. Rajinlah ke dapur
Ini memang pengajaran buat anak muda zaman sekarang. Rajin-rajin ke dapur walaupun tak pandai masak. Supaya kenal apa barang-barang dapur.Tak sangka ada part kelakar dalam drama Nur ni.. Hehe.. Habis trending isu sup bunjut dan sihir..
16. Membaca Jambatan Ilmu
Ini salah satu pengajaran buat anak muda sekarang. Jangan mudah percaya orang, sebaliknya banyakkan membaca supaya ilmu yang kita dapat tu sahih.Ini merupakan pesanan Adam kepada adiknya Amirul, supaya banyakkan membaca tentang penyakit AIDS... jangan hanya ikut cakap-cakap kawannya yang belum tentu betul.
Jadi, memang realiti zaman sekarang, anak-anak muda kurang membaca tapi lebih bersosial.
Diorang mudah percaya cakap kawan dari dapat ilmu dari sumber yang benar.
So, banyakkan membaca kalau tak tahu sesuatu isu tu... Jangan malas ok!
Setakat ni drama ni dah sampai episod 16. Akan bersambung lagi... Dan insha Allah.. Akan MF update lagi pengajaran demi pengajaran yang akan dibongkar dalam episod akan datang.
Memang tak rugi layan drama Nur ni... Memula MF tak suka... Akhirnya dah terjebak dengan setiap episod.
Memang sentap dan terbaik drama ni.. Dan menjadikan drama paling trending di laman sosial... Dan mencapai 9 juta penonton setiap episod.
Banyak pengajarannya.. Jadi, tontonlah dan hayati pengajaran dan mesej yang ingin disampaikan dalam drama ni.. Supaya ianya dapat jadi renungan kita bersama.
17. Kesempatan Atas Ketaatan Isteri
Pengajaran penting yang MF nampak pada watak Aishah isteri kepada Ustaz Hamadi iaitu lakonan Norkhairiah dan Azhan Rani...Mentang-mentang isteri tahu tentang hukum hakam rumah tangga dan bab ketaatan isteri kepada suami, suaminya ambil kesempatan itu untuk ugut suami.
Tapi episod 17 menunjukkan kesabaran Aishah melebihi had.
Tertarik dengan ayat Aishah "Kalau suami macam ni, semua perempuan pun akan jadi isteri derhakalah".
Jadi, suami tak payah nak gila kuasa sangat... Ada benda isteri memang patut taat, tapi kalau dah perangai tu teruk... jangan nak ugut jadi isteri derhaka... jadi, isteri pun kena ilmu juga... ada sesetengah perkara kita tak perlu taat pun terutama perkara yang jelas melanggar perintah Allah dan Rasul.
sha pun tadi dah tengok 8 episod, baru nak ikut cerita ni
BalasPadamSha pun x tengok drama Nur. Tau pasal trending kat socmed. Kat opis pun sama kawan cerita. Tapi yg pasal bunjut ni mmg kelakar habissssss
BalasPadamMmg best drama ni. Byk pengajarannya. Semoga kita semya tergolong dr org yg berada di bawah lindungan rahmatNya.
BalasPadamSuka jugk
BalasPadamhahaha part last tu kelakar
BalasPadam