Jadilah Macam Rumput

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jadilah Macam Rumput

cara nak istiqamah
Jadilah Macam Rumput

Nak Istiqamah buat baik, jadilah macam rumput

Istiqamah seperti rumput.

Walau dipijak berulang kali, ia masih mampu bertahan.
Rumput sememangnya lembut, ia melentur apabila dipijak, tetapi akan kembali ke bentuk asal. Cuba kalau rumput tu keras?

Jadi, kelembutan pada rumput sebenarnya adalah satu kekuatan bukan kelemahan. Kita pun begitu, jangan terlalu berkeras. Kita boleh tegas, tapi jangan berkeras.

Rumput juga tidak pernah tumbuh bersendirian. Sekali tumbuh mesti bersama dengan yang lain. Gerak tumbuhnya perlahan tetapi sangat konsisten. Sehari demi sehari tanpa kita sedari seluruh kawasan telah dilitupi. Itulah rahsia rumput, hidupnya sentiasa berjemaah dan istiqamah.

Jadilah seperti rumput....
Dengan hidup berjemaah dan bersikap konsisten, banyak kebaikan yang dapat dibuat. Musuh pun tidak dapat menggugat.

Ya, rumput selalu dipijak tetapi ia tidak dihina. Ia selalu di bawah tetapi ia bukan lemah. Sekalipun lemah lembut, ia tidak musnah walau dipukul ribut.

Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim

Bukan mudah nak istiqamah.... sebab iman kita turun naik... dengan pengaruh rakan dan persekitaran sekeliling kita, prinsip yang ada boleh goyah... Nak pula jika pasal duit. 

Zaman sekarang, kerana duit tak kisah orang permainkan... Tak rasa diri dipergunakan untuk kepentingan wang, buat apa sahaja asalkan dapat wang. 

Pernah MF kenal beberapa orang rakan, yang dulu tak reti nak bersosial dan publish diri secara terangan di laman sosial atas alasan menjaga maruah suami. dan suami tak bagi... Tapi kerana duit, sanggup buat video personal .. menari dan sebagainya... asalkan diberikan bayaran. Apa pun bersangka baik... mungkin suami sendiri tak kisah... apa mampu kita buat. Cuma nak tekankan bab istiqamah... jika kita dah letakkan prinsip dan matlamat yang jelas... tetap teguhlah dan istiqamah lah seperti resmi rumput di atas tanah... Insha Allah..

Pesanan untuk diri sendiri juga... moga teguh di jalan Allah... 

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !