GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Kebaikan Berbuka Dengan Buah Tembikai

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini Kebaikan Berbuka Dengan Buah Tembikai | Buah kurma sinonim dengan juadah wajib berbuka.

Tapi tak semestinya dengan buah kurma je... Sebab orang makan kurma untuk dapat keberkatan dan pahala.

Tapi ada lagi satu makanan yang ternyata banyak juga manfaatnya jika kita ambil ketika berbuka.

Iaitu buah Tembikai...

Sebut Tembikai sedapnya lahai... Terbayang buah Tembikai merah yang berjus tu kan...

Tapi memang bermanfaat buah tembikai dan amat baik diambil ketika berbuka...

Apa manfaatnya? Jom kita ikuti apa kata Doktor tentang manfaat buah Tembikai ketika iftar. 

Kebaikan Berbuka Dengan Buah Tembikai 
Khasiat buah Tembikai
Ini Kebaikan Berbuka Dengan Buah Tembikai 

MANFAAT MENGAMBIL TEMBIKAI KETIKA BERBUKA (IFTAR)

Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.

Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.

Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.

Mengikut kajian sains pula , buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.

Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudaratkan.

Nasi putih    GI: 72 (tinggi)      150 kalori/100g
Tembikai     GI :72 (tinggi)          30 kalori/100g
Kurma         GI: 42 (rendah)         282 kalori/100g

Semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku. Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari. Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.

Menstabilkan mood 

Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. 

Mengekalkan kesihatan 

Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.

Merendahkan risiko penyakit jantung 

Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato. Satu gelas  tebikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg  lycopene. Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.

Membantu masalah kesuburan 

Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit  diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.

Tembikai juga mengandungi sebatian citrulline, yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide, yang berfungsi sebagai  merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi. Bila salur darah mengembang ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung.

Selamat berbuka dan Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Kredit : Facebook Dr. Zubaidi Ahmad

Hmm... Lepas baca artikel ni rasa nak buat just Tembikai untuk berbuka hari ni... Nyum-nyum... Selain jus, apa lagi eh menu yang boleh guna Tembikai???

8Ulasan

  1. bagus sebenarnya buah tembikai, kdg2 mumy sy bwat jus tembikai

    BalasPadam
  2. Lepas ni kena g bl tembikai...mcm sedap buat jus bln puasa ni

    BalasPadam
  3. Jus tembikai, aiskrim pun best jugak =)

    BalasPadam
  4. memang sedap kalau buat air tembikai.

    lagi-lagi kalau sejuk.

    fuhh.

    BalasPadam
  5. mmg sedap mkn tembikai pd bln puasa yg panas ni.

    BalasPadam
  6. Husband memang suka tembikai sewaktu berbuka tapi Mrs. A pulak tak makan sangat lebih suka kurma

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ