GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Biskut Sarang Semut Gebu Guna Sukatan Cawan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Biskut Sarang Semut Gebu Guna Sukatan Cawan | Dah habis raya baru up resepi biskut raya. Hehe...

Biskut ni biskut last MF buat sebelum raya... Akhirnya tercapai juga hajat nak buat sendiri...

Pertama kali buat... Guna resepi di Google tapi seperti biasa sukatan tu MF olah-olah la sendiri... Ikut rasa sedap sendiri...

Alhamdulillah, pertama kali buat biskut sarang semut gebu guna sukatan cawan, tak mengecewakan bahkan lebih baik dari yang disangka...

Memang gebu dan cair dalam mulut... Rasa pun tak manis sangat dan orang takde gigi pun boleh makan...

Ini resepinya MF Kongsikan.

Biskut Sarang Semut Gebu Guna Sukatan Cawan
Biskut Sarang Semut Gebu Guna Sukatan Cawan

Biskut Sarang Semut Gebu Guna Sukatan Cawan

Bahan-bahan


  • 250 gram butter
  • 1/2 cawan gula halus / gula kastor
  • 1 3/4 cawan tepung jagung *
  • 2 1/2 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu baking powder *
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil pewarna kuning (optional)


Ayak bahan bertanda *

Cara membuatnya :


  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila dan kuning telur satu persatu. Pukul lagi sebati guna mixer.
  3. Kemudian, masukkan tepung kastard dan kacau rata.
  4. Masukkan tepung yang diayak ke dalam adunan hingga menjadi doh.
  5. Kalau adunan lembik, boleh tambahkan tepung gandum atau tepung jagung semasa menguli menjadi doh.
  6. Kalau dah tak melekat tapi masih lembut tak boleh nak sagat. Jadi, sejukkan dalam peti sejuk.
  7. Dah keras boleh sagat sikit-sikit.
  8. Adunan yang di sagat masukkan dalam paper cup.
  9. Taburkan coklat urai atau manik ikut citarasa.
  10. Bakar dalam oven dengan suhu 165 darjah celcius selama 20 minit.


Senang je kan nak buat biskut sarang semut gebu guna sukatan cawan... Tapi bahan ni buatkan biskut tu sedap rasa.

Memang tak sempat hidang kat tetamu... Dua balang MF buat... Semua dah habis licin dimakan oleh kami sekeluarga... Haha...

Tapi, insha Allah... Nak buat lain minggu depan ni... Boleh la hidangkan kat tetamu.. Insha Allah... Hehe..

1Ulasan

  1. Umi rabia buat biskut sarang semut raya tahun ni tau..habis rabia makan tau..nk dekat habis raya baru habis biskut ni.sedap sgt.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ