div id='header-inner'>

Manusia Yang Terakhir Masuk Syurga!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Manusia Yang Terakhir Masuk Syurga!

Manusia Yang Terakhir Masuk Syurga!
Manusia Yang Terakhir Masuk Syurga!


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم
Daripada 'Abdullah bin Mas'ud ra, Nabi s.a.w bersabda:

" إِنِّي لأَعْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا، وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولاً رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ كَبْوًا،
Sesungguhnya aku tahu tentang orang yang terakhir akan keluar dari neraka, dan orang yang terakhir memasuki syurga. Dia adalah seorang lelaki yang akan keluar dari neraka dalam keadaan merangkak.

فَيَقُولُ اللَّهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ. فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى، فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى،
Lalu Allah berkata: Pergilah, dan masuklah ke dalam syurga. Lalu lelaki itu pergi ke syurga tetapi dia membayangkan bahawa syurga telah penuh. Lelaki itu pun kembali kepada Allah lalu berkata: Wahai Tuhan, aku mendapati syurga telah penuh.

فَيَقُولُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ. فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى. فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى،
Allah berkata: Pergilah, dan masuklah ke dalam syurga. Lalu lelaki itu pergi ke syurga tetapi dia membayangkan bahawa syurga telah penuh. Lelaki itu pun kembali kepada Allah lalu berkata: Wahai Tuhan, aku mendapati syurga telah penuh.

فَيَقُولُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ، فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا. أَوْ إِنَّ لَكَ مِثْلَ عَشَرَةِ أَمْثَالِ الدُّنْيَا.
Lalu Allah berkata: Pergilah, dan masuklah ke dalam syurga. Sesungguhnya untuk engkau seperti dunia dan sepuluh kali gandanya.

فَيَقُولُ تَسْخَرُ مِنِّي، أَوْ تَضْحَكُ مِنِّي وَأَنْتَ الْمَلِكُ ".
Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mempermainkan aku, atau mentertawakan aku, sedangkan Engkau Raja?

فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ، وَكَانَ يُقَالُ ذَلِكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً.
(Ibn Mas'ud berkata): Aku melihat Rasulullah s.a.w ketawa sehingga nampak gigi gerahamnya. Dikatakan: Itulah penghuni syurga yang paling rendah kedudukannya.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, hadis no: 6571]

Jika itulah ganjaran terendah buat penghuni syurga, bagaimana pula dengan yang lebih tinggi darjatnya. Akan tetapi, kita pasti mahu masuk dalam syurga tanpa perlu transit di neraka. Nauzubillahi min dzalik.

Dah zikir pagi ini?

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!

Kredit: Facebook Ustaz Hasyimi

Pengajaran Hadis

Apa maksud hadis ini?

Hadis ni menceritakan keadaan orang yang terakhir masuk syurga... Iaitu orang yang dari neraka, dia merangkak keluar dari neraka setelah habis hisab dosanya di neraka.

Allah perintah dia masuk syurga... Tapi dia rasa macam syurga dah penuh untuk dia... Tapi dia tak yakin... Tiga kali dia pergi dan Allah suruh dia masuk syurga...

Allah kata, pergilah masuk...
Lelaki tu terasa dipermainkan je..

Allah kata, pergilah masuk... Tu macam dunia kau la dulu... Bahkan 10 kali ganda lebih dari dunia kau...

Kemudian Rasulullah kata, itulah keadaan orang yang paling akhir masuk syurga.

Maknanya, itulah keadaan orang yang pentingkan dunia bila di akhirat nanti..

Hidup kita kalau fikirkan dunia, begitulah gambaran di akhirat nanti... Fikirkan dan renungkan... 

Catat Komen

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)