div id='header-inner'>

AMALAN WANITA UZUR UNTUK MEMBURU MALAM LAILATULQADAR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kita sudah menjengah ke 10 hari terakhir bulan Ramadan..ada yang hati semakin sayu namun ada yang semakin gembira untuk hariraya...Sepuluh terakhir terdapat malam al-qadar...


Ada yang bertanya, adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
5) Mendengar dan menghayati kuliah agama yang menghuraikan pengajaran ayat al-Quran, Hadis, kaedah beramal dan hukum hakam.
6) Banyakkan menderma dan bersedeqah
7) Menulis dan memberi nasihat-nasihat berguna kepada ahli keluarga dan sahabat handai.

Berkenaan wanita haid untuk membaca al-Quran tanpa menyentuh mushaf atau secara hafalan, sebahagian ulama silam seperti mazhab Imam Malik, satu pendapat pada mazhab Ahmad, Ibn Taimiyyah dan al-Syaukani juga memilih pendapat ini berdasarkan ketiadaan dalil yang kuat dan jelas yang melarangnya. Demikian ijtihad dari mereka setelah menganggap hadis specifik yang melarang sebagai lemah. Ini termasuklah bacaan sama ada dari smartphone atau tafsir.

Manakala ilmuwan kontemporari yang mengharuskan seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar), Ibn Baz, Albani berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mushaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Pun begitu, majoriti mazhab termasuk mazhab al-Syafie tidak mengharuskan wanita hadi membaca al-quran kecuali pada kadar yang sederhana dan niat zikir dan bukannya bacaan al-Quran.

Wallahu'alam.

Kredit: #DrZaharuddinAbdRahman

JOM KITA FOKUS KAN LAILATULQADAR

Catat Komen

2 Ulasan

  1. nice sharing kak.. semoga sama2 kita beroleh keberkatan malam penuh berharga itu =D

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)