بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Senarai 15 Menteri Kabinet Malaysia 2018 | Memang lama menanti berita ni... Organisasi terbesar di Malaysia... Iaitu senarai menteri kabinet Malaysia selepas PRU14.
Selepas 9 hari, baru Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir, umumkan di Facebook beliau, senarai 15 Menteri Kabinet Malaysia.
Sumber: Google images |
Senarai 15 Menteri Kabinet Malaysia 2018
SIARAN AKHBAR PERDANA MENTERI MALAYSIA……………………………………………………………
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan
menyerahkan senarai nama Ahli Ahli Parlimen untuk dilantik
sebagai Menteri Persekutuan yang baru.
Perlantikan itu adalah mengikut “perenggan (b) Fasal (2) Perkara
43 Perlembagaan Persekutuan.”
Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang diPertuan Agong
pada pukul 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018.
Senarai 15 Menteri Kabinet Malaysia 2018
Senarai nama yang diserahkan kepada Yang diPertuan Agongadalah seperti berikut:
PERDANA MENTERI
1. Tun Dr Mahathir bin MohamadTIMBALAN PERDANA MENTERI
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan IsmailMENTERI
BERSATU:
3. Menteri Dalam Negeri:
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)4. Menteri Pendidikan:
Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)5. Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Puan Rina Harun (Titiwangsa)PKR
6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:
Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi:
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)DAP:
9. Menteri Kewangan:
Lim Guan Eng (Bagan)10. Menteri Pengangkutan:
Anthony Loke Siew Fook (Seremban)11. Menteri Komunikasi dan Multimedia:
Gobind Singh Deo (Puchong)12. Menteri Tenaga Manusia:
Kulasegaran s/o V. Murugeson (Ipoh Barat)AMANAH:
13. Menteri Pertahanan:
Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja)14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Haji Salahuddin Ayub (Pulai)15. Menteri Kesihatan:
Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)Yang diPertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-
nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan
dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan
diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 pukul 11.30 pagi di Istana
Negara.
Terima kasih.
Sumber: Facebook Page Tun Dr Mahathir Mohamad
MF teliti juga komen-komen dari semua. Dan, Alhamdulillah... Rata-rata setuju dengan pelantikan ini. Dan MF sendiri secara peribadi, yakin yang dipilih oleh Tun Dr Mahathir ini adalah yang betul boleh bekerja untuk rakyat dan Bersama rakyat.. Insha Allah...
Kita sebagai rakyat ni harap kerajaan yang ada sekarang lebih baik dan berharap Malaysia aman seperti dulu. Insha Allah ..
Alhamdulillah, semoga barisan kabinet yang baru ini menunaikan tanggungjawab menjaga negara dan rakyat dengan sebaik dan sejujurnya..amin
BalasPadam