div id='header-inner'>

Kemenangan Pakatan Harapan Dalam PRU14 Ada Tercatat Dalam Al-Quran

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kemenangan Pakatan Harapan Dalam PRU14 Ada Tercatat Dalam Al-Quran | Semalam satu sejarah negara yang kita semua tak boleh lupakan.

Sejarah yang betul-betul merubah Malaysia selepas 60 tahun kita merdeka. Pertama kalinya pembangkang menang besar dalam pilihan raya umum.

Sejarah ini secara fizikalnya nak tunjuk kuasa rakyat dan kepimpinan demokrasi...
Tapi dari sudut kerohanian kita, keimanan kita sebagai orang Islam.. Tiada yang mustahil bagi Allah.

Hal yang terjadi semalam dan selepas ini sebenarnya ada tercatat dalam al-Quran.

Pakatan harapan

Kemenangan Pakatan Harapan Dalam PRU14 Ada Tercatat Dalam Al-Quran


Jom selak al-Quran... Surah Ali-Imran ayat 26.

Firman Allah سبحانه وتعالى;

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلْخَيْرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ ﴿٢٦﴾

Katakanlah: “Ya Allah yang memiliki kerajaan! Dikau berikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Dikau kehendaki, dan Dikau tarikkan (lenyapkan) kuasa pemerintahan itu daripada sesiapa yang Dikau kehendaki, dan Dikau muliakan sesiapa yang Dikau kehendaki dan Dikau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam tangan (kekuasaan) Dikaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

[Surah Ali Imran 3: Ayat 26]


Jelas dan terang dalam ayat ni... Kata-kata Allah tentang kuasa pemerintah ini juga bawah kekuasaan Allah.

Memang sejarah semalam dibuktikan dengan ayat ini..

Macam-macam spekulasi yang berlaku... Pelbagai usaha dilakukan untuk raih kemenangan.. Namun, jika tanpa izin Allah, takde siapa dapat menghalang.

Apa pun... Semoga yang kita pilih diberkati Allah... Moga negara kita Malaysia lebih baik... Semangat patriotik kembali seperti dulu... Insha Allah... Harap yang baik-baik saja lepas ni...

Apa pun... Musim PRU14 dah tamat... Kita terima je keputusan ni... Segalanya, dengan kuasa Allah jua... Jangan sebab perbezaan politik ini kita putus silaturahim...

Teruskan hidup seperti biasa... Biarkan orang atas buat kerja depa... Kita pula teruskan dengan kerja kita...

Jom... Tumpukan pula dengan Ramadan yang akan menjelang tiba...

Jom... Berlapang dada... Maafkan salah silap yang ada... 😊😊😊✌🏻

Pakatan Harapan

Kelebihan Surah Ali Imran ayat 26-27


Ayat di atas ada kelebihannya jika diamalkan bersama...

Jika dijadikan ayat 26-27 sebagai amalan wirid harian, Insya’Allah dapat menjadi karamah, meluaskan rezeki, melangsaikan hutang dan menunaikan segala hajat.

Nabi Muhammad ﷺ bersabda kepada Saidina Muaz, “Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”

Jom amalkan bersama... Moga hutang kita dan hutang negara kita dipermudahkan Allah... 

Catat Komen

6 Ulasan

  1. kena lebih gigih baca maathurat lepas ni. tanpa miss. insyaAllah.

    BalasPadam
  2. Semoga yg baru ini menjalankan amanah yg diberi sebaik mungkin...

    Psstt... Jemput join giveaway best...

    https://ciklapunyabelog.blogspot.my/2018/05/batrisyia-birthday-and-preloved-handbag-giveaway.html?m=1

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Marilah kita bersedia untuk Ramadhan pula (^_^)Y

    BalasPadam
  4. TQ share MF .. berkat doa rakyat Malaysia ...

    BalasPadam
  5. Tahniah pakatan.semoga kerajaan baru dapat membawa perubahan yg lebih baik.sama2kita doakan

    BalasPadam
  6. PRU14 dah tamat sekarang kita fokuskan kpd Ramadhan yg menjelang tiba x lama lg. Bersyukurlah dpt berjumpa dgn Ramadhan sekali lg.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)