GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nak Jadi Mak Bapak Terbaik Kena Kuasai 10 Kemahiran Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nak Jadi Mak Bapak Terbaik Kena Kuasai 10 Kemahiran Ini! | Bila kahwin semua orang nak anak... Jarang jumpa pasangan yang tak nak anak bila dah kahwin kan..

Bila ada anak... Wajib ada ilmu dan kemahiran. Sebab kita manusia... Bukan haiwan. Kalau haiwan... Cuma tambah anak, jaga anak, bagi anak makan dan itu aje sampai dia besar. Bila anak besar haiwan akan biarkan anaknya hidup sendiri. Tapi kita manusia tak boleh macam tu... Wajib ada kemahiran keibubapaan . Ni juga salah satu elemen kita dapat bila pergi kursus kahwin.

Banyak kes zaman sekarang.. Tahu buat anak tapi tak reti nak jaga dan didik anak. Kesannya bukan jangka masa pendek tapi juga jangka masa panjang.

Nak Jadi ibu bapa cemerlang dan terbaik.. Wajib ada 10 Kemahiran Ini...

Sumber : Google images 

Nak Jadi Mak Bapak Terbaik Kena Kuasai 10 Kemahiran Ini! 


1. Menjadi pendengar yang baik


  • memahami anak dan kepentingan mendengari mereka
  • memberi peluang kepada anak untuk meluahkan rasa takut, kebimbangan dan keraguan mereka
  • pastikan anak diberi perhatian yang tidak berbelah bagi ketika mereka bercakap


2. Mempamerkan cinta dan kasih sayang yang tidak bersyarat.


  • adalah perlu untuk mempamerkan kasih sayang secara jelas dan dapat dilihat oleh anak
  • meraikan saat-saat istimewa bersama anak dengan ucapan kasih sayang.
  • buatkan supaya anak merasai kasih sayang kita.


3. Meluangkan masa yang berkualiti bersama anak


  • masa yang berkualiti bermakna ada interaksi antara anak dan kita
  • bermain, bercerita dan membaca bersama anak
  • kukuhkan hubungan emosi dengan anak
  • berbual-bual tenting apa saja dengan anak


4. Tegas, adil dan mesra


  • adalah penting untuk mengadakan peraturan di rumah.
  • peraturan itu sewajarnya adit.
  • dalam apa juga keadaan, berkomunikasi dengan anak hendaklah secara baik, tidak mengugut dan tidak mendera.
  • anak sepatutnya menghormati kita bukan takut kepada kita. (hormat dan takut adalah dua perkara yang berbeza)


5. Tegas dan konsisten dengan peraturan yang dibuat


  • jangan membuat peraturan dengan sambil lewa
  • adalah perlu membuat peraturan dan ikut peraturan itu dengan tegas
  • tidak perlu menukar peraturan yang dibuat itu secara kerap
  • peraturan yang dibuat itu dapat memberi isyarat yang tegas kepada anak.


6. Tunjukkan contoh teladan 


  • ibu bapa adalah contoh pertama kepada anak.
  • jadilah contoh kepada anak dalam semua perkara
  • kemungkinan anak akan belajar sedikit daripada apa yang kita sebutkan sebaliknya mereka akan banyak belajar dengan melihat apa yang kita kerjakan.


7. Luahkan kata-kata penghargaan dan elakkan daripada mengutuk anak


  • keibubapaan positif adalah sangat penting
  • kurangkan memberi arahan tentang perkara yang mereka TIDAK BOLEH lakukan sebaliknya beritahu mereka dengan baik tentang perkara yang mereka BOLEH lakukan
  • beri ganjaran kepada kebaikan yang anak lakukan.


8. Bersikap terbuka untuk belajar


  • mencari dan membaca buku-buku yang berkaitan dengan keibubapaan untuk menambah ilmu dan kemahiran.
  • mencari/membaca petua-petua keibubapaan daripada internet atau bertanya kepada ibu bapa kita dan kawan-kawan.
  • jangan berhenti belajar serta lapangkan fikiran kita untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik.


9. Letakkan diri kita di tempat anak


  • elakkan daripada menghukum tingkah laku anak sebelum kita cuba untuk
  • memahami dari sudut pandangan mereka
  • beri anak peluang untuk menerangkan segala perbuatan dan tingkah laku mereka
  • menghukum itu mudah tetapi memberi kemaafan itu adalah petunjuk bahawa kita memahami dan bersikap empati.


10. Bersabar


  • jangan berharap anak akan berubah dalam masa yang singkat
  • jangan berharap kita akan menjadi ibu bapa yang hebat dalam sekelip mata.
  • perubahan memerlukan masa dan ia berlaku secara perlahan-lahan.
Sumber: Telegram Channel (Ibubapa Cemerlang)

Jadi, ibu bapa bukan mudah... Nak mendidik anak di zaman yang mencabar serba serbi mencabar terutama cabaran dari segi sahsiah dan agama... Itulah anak-anak dan generasi akhir zaman.. Kita tak lama nak hidup... Tapi anak cucu kita pewaris generasi yang juga akan menentukan nasib kita di akhirat. 

4Ulasan

  1. terbaik tips ni...


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

    pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

    BalasPadam
  2. Nice sharing. tak sabar nak kahwin dan ada anak :)

    Aerill Hassan

    BalasPadam
  3. Nak didik anak sangat memerlukan kesabaran. Sebab tu rasa kagum tu sgt tinggi kepada ibu bapa yg berjaya membentuk anak menjadi seorang yg berdisiplin dn mendengar kata

    BalasPadam
  4. In Shaa Allah, abam kie akan ikuti semua tips yg puan nyatakan di atas.

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ