div id='header-inner'>

Cara Makan Boleh Tentukan Iman Seseorang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Makan Boleh Tentukan Iman Seseorang | Mohon jangan sentap dengan tajuk Entry...

Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w

Makan Dan Minum Orang Mukmin


عَنْ جَابِرٍ وَابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِي مِعًى وَاحِدٍ وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ

Dari Jabir dan Ibnu Umar,  bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin makan dengan satu usus (perut) sedangkan orang kafir makan dengan tujuh usus (perut).” (HR Bukhari No: 3841) Status: Hadis Sahih

Cara Makan Boleh Tentukan Iman Seseorang

Cara Makan Boleh Tentukan Iman Seseorang

Pengajaran:

1.  Orang mukmin makan dan minum dalam kadar yang sederhana mengikut adab dan akhlak.

2.  Orang mukmin perlu berbeza dengan orang kafir antaranya dalam bab makan dan minum. Mukmin hanya makan sedikit (satu perut) berbeza dengan orang kafir, makannya berlebihan (untuk tujuh perut).

3.  Imam An-Nawawi :  Maksud hadis ini adalah agar menyedikitkan (kecenderungan) kepada dunia dan motivasi agar sentiasa zuhud dan qana’ah (merasa cukup). Beliau juga menyatakan: Sedikit makan merupakan kemuliaan akhlak seseorang dan banyak makan adalah lawannya.

4.  Imam Asy-Syafi’i: Kekenyangan membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah.

Makan dan minumlah dengan kadar yang sederhana agar kita sentiasa cerdas. Ambil kesempatan perbanyakkan puasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban ini.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

Cara Makan Boleh Tentukan Iman Seseorang

Hidup bukan untuk makan... Tapi makan untuk kita teruskan hidup... Tapi akhir zaman ni... Bab makan tak boleh lupa... Sekarang bulan Rejab... Ada yang fikirkan menu Ramadan... Sedangkan Ramadan tu untuk kita kawal makan... Tapi dah terbalik pula.

Rezeki orang berniaga makan ni memang tak pernah putus... Sebab orang Malaysia mati sebab lebih makan... Bila banyak makan, banyak pula penyakit. Gaya hidup tak sihat.

Kedai makan pula, memang kebanyakan buka bila hampir maghrib... Waktu maghrib ramai berada di kedai makan... Sedangkan sepatutnya waktu ada di dalam masjid. Sama juga dengan pasar malam... Kan waktu maghrib... Penuh aje orang kalah saf di masjid.

Pesanan untuk diri sendiri dan semua... Bersederhanalah bab makan... Pantang bukan sekadar pantang lepas bersalin... Tapi biarlah berterusan... Untuk sihat dan kuat beribadat... 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Allahuakbar...makna iman Liez ni masih tidak kuat..makan kdg2 mmg lupa diri..tapi sejak 2 menjak ni dah kurang makan...on diet.. semogakita bersam perbaiki kelemahan diri

    BalasPadam
  2. Batul....sederhana dan berpada-pada.

    BalasPadam
  3. setuju.... bersederhana masa makan bkn gelojoh hehehhe....
    akak klu psr mlm suka pg btl2 lps balik keje atau lps magrib terus....

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)