Breaking News

April 03, 2018

Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream | Dapur, letih kalau nampak kotor... Jadi, hilang mood nak memasak pun ye juga.

Hari minggu yang lepas, operasi kilatkan dapur yang berkarat... Berbulan tak cuci... Haha... Tu yang dah tebal kotor kat celah tu...

Tapi tak hairan sangat sebab dapur Mugen ni senang nak cuci... Tanggalkan tunggu dia, dan boleh cuci macam biasa. Tapi sebab MF ni dah lama tak cuci jadi, kotoran tu dah melekat kuat dan agak degil nak hilangkan..

Tapi dengan bantuan Soda bikarbonat dan pencuci serbaguna Cif Cream ni.. senang aje nak tanggalkan.

Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream


Mula-mula taburkan soda bikarbonat disekeliling dapur yang kotor tu... Biarkan dalam 10 ke 15 minit.
Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream

Lepas tu, ambil berus dapur atau kain kasar, tuangkan cif cream atas kain tu dan gosok je sekeliling tu hingga hilang...

Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream


Lapkan dengan kain lembab dan ting! Siap... Dah berkilat...

Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream

Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream

Mudah je... Tak perlu modal yang besar pun nak pastikan dapur sentiasa berkilat. Nak bagus setiap kali masak cuci... Tapi biasalah.  #makanak4 ni... Dapat memasak satu dua lauk dah rasa sujud syukur dah kot. Haha... Ni pun dapat buat sebab anak tidur..  kalau tak jangan mimpi nak berlama-lama di dapur.

Tapi serius, dapur Mugen yang MF beli di CjWowShop ni senang nak cuci..


Info tambahan:
Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream

Ramai tanya berkenaan hos wayar dapur ni.. guna wayar biasa je cuma beli skru untuk ketatkan hos tu... Nak lagi ketat lapik dengan kertas suratkhabar.

3 ulasan:

  1. nice sharing. tips berguna buat mereka yang rajin ke dapur.

    BalasPadam
  2. thank you kak sharing info ni, boleh sental dapur saya yang 3x lagi teruk rupanya dari dapur akak huhuhu

    BalasPadam
  3. mudah je kan.... tak penah try lg cuci ngn soda bikarbonat nih

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^