23 Soalan Ujian Saringan Anak Autisme

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

23 Soalan Ujian Saringan Anak Autisme | Anak autisme dah pernah kongsikan pada entry sebelum ni... Sempena dengan minggu gelombang biru iaitu kempen kesedaran Autisme Dunia, sebenarnya langkah kerajaan Malaysia sangat pro aktif mengesan anak Autisme ini seawal mungkin.

Sekarang ni, setiap anak-anak kita yang kita bawa check up setiap bulan tu, ikut umur yang sememangnya untuk pantau perkembangan anak. Ini termasuk ujian saringan Autisme.

MF ni, lepas anak ketiga baru tau... Anak pertama kedua guna buku biasa je... Takde jalani ujian tu semua. Namun, Allhamduillah anak kedua MF normal walaupun lambat bercakap...

Anak ketiga MF telah pun jalani ujian Autisme ni masa umur 1 tahun 6 bulan di KKIA. Dan ujian kedua masa umur dia 3 tahun nanti.

23 Soalan Ujian Saringan Anak Autisme

23 Soalan Ujian Saringan Anak Autisme

Soalan ini dinamakan soalan ujian M-Chat. Ibu bapa yang kena jawab soalan ini secara spontan bila nurse tanya... Sebab jawapannya Ya atau Tidak je.

Kalau ada KKIA yang terlepas pandang, ibu bapa boleh cuba jawab soalan ni secara online. Nanti ada keputusan yang akan diterima melalui email. 

Berikut MF kongsikan 23 Soalan Ujian Saringan Anak Autisme.

23 Soalan Ujian Saringan Anak Autisme

Lampiran Soalan MCHAT. Soalan yang diboldkan adalah soalan kritikal

1. Adakah anak anda seronok apabila ditimang, dibuai atau dihenjut atas kaki/paha dan sebagainya?

2. Adakah anak anda menunjukkan minat terhadap kanak-kanak lain? (contohnya bergaul, bermain, berkawan)

3. Adakah anak anda suka memanjat, contohnya tangga, kerusi, meja dan lain-lain?

4. Adakah anak anda seronok bermain “cak-cak” atau main sorok-sorok?

5. Adakah anak anda pernah bermain olok-olok/ berlakon, contohnya menelefon, bermain anak patung atau bermain masak-masak dan sebagainya?

6. Adakah anak anda pernah menunjuk/ menggunakan jari telunjuk untuk meminta sesuatu?

7. Adakah anak anda pernah menunjuk menggunakan jari telunjuk terhadap sesuatu yang menarik minatnya?

8. Bolehkah anak anda bermain dengan alat permainan yang kecil dengan betul, selain dari memasukkannya ke dalam mulut, membelek-belek atau menjatuhkan permainan itu?(contohnya kiub, kereta kecil, dll)

9. Pernahkah anak anda membawa objek/benda dan menunjukkannya kepada anda?

10. Adakah anak anda bertentang mata dengan anda lebih daripada dua saat?

11. Pernahkah anak anda kelihatan seperti tersangat sensitif/terganggu terhadap bunyi bising?(contohnya: menutup telinga)

12. Adakah anak anda senyum bila melihat anda atau membalas senyuman anda?

13. Adakah anak anda meniru perlakuan anda (contohnya meniru mimik muka anda dan sebagainya)?

14. Adakah anak anda bertindak balas apabila namanya dipanggil?

15. Sekiranya anda menunjuk pada alat permainan yang jauh dari anda, adakah anak anda akan melihat kepada alat permainan tersebut?

16. Bolehkah anak anda berjalan?

17. Adakah anak anda akan melihat pada benda yang sedang anda lihat?

18. Adakah anak anda membuat pergerakan jari yang ganjil/pelik dekat mukanya?

19. Adakah anak anda cuba menarik perhatian anda terhadap aktiviti yang dilakukannya?

20. Pernahkah anda terfikir anak anda ada masalah pendengaran?

21. Adakah anak anda dapat memahami percakapan orang?

22. Adakah anak anda kadang-kala kelihatan termenung atau merayau/berjalan tanpa tujuan?

23. Adakah anak anda memandang ke muka anda untuk melihat reaksi/tindakbalas anda apabila ia menghadapi sesuatu yang baru atau tidak biasa?

Nota:
1. Enam soalan yang digelapkan adalah soalan kritikal (soalan 2,7, 9, 13,14 dan 15).
2. Kanak-kanak memerlukan penilaian lanjut oleh pegawai perubatan sekiranya markah jawapan
i. Dua atau lebih soalan kritikal ATAU
ii. Tiga atau lebih mana-mana soalan


Untuk soalan secara online boleh >>>KLIK SINI<<<

Sebenarnya, buku check up anak kita sekarang ni lengkap dengan pelbagai info keibubapaan. Tak perlu nak google atau beli buku lain. Cukup lengkap dah MF rasa.. cuma kita la kadang tak buka dan baca kan... Tapi dah cukup bagus buku tu... Dan buku tu kira dokumen rasmi.. penting kalau anak nak daftar sekolah...

Bagus ada soalan begini..  kita boleh tau la anak kita normal ke tidak dengan lebih awal.

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !