GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

17 Filem Yang Berkaitan Dengan Autisme

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

17 Filem Yang Berkaitan Dengan Autisme | Membuat kempen dan sambutan hari tertentu untuk anak istimewa Autisme itu satu acara rutin setiap tahun. Namun, atas kesedaran beberapa pihak, mereka membuat filem dan movie untuk menggambarkan kehidupan dan cabaran anak Autisme ini...

Terdapat beberapa movie berkisar tentang Autisme yang perlu kita tonton untuk beroleh lebih kesedaran.

17 Filem Yang Berkaitan Dengan Autisme

1. Miracle In Cell No 7 (2013)



Seorang ayah bernama Lee Yong Gu yang merancang membelikan anak perempuan tersayangnya beg sekolah Sailormoon. Malangnya, ketika menuju ke tempat beg itu dijual, satu tragedi terjadi dan mengakibatkan anak perempuan seorang pesuruhjaya polis meninggal dunia. Dan kerana Lee Yong Gu adalah seorang penghidap autisma, maka dia tak mampu membela dirinya dan tak memiliki alibi. Di atas kematian anak perempuan pesuruhjaya polis tersebut, Lee Yong Gu kemudian dimasukkan ke penjara dengan tuduhan pencabulan kanak-kanak sekaligus tuduhan membunuh.

2. My Name Is Khan (2010)


Filem "My Name Is Khan" mengisahkan Rizwan Khan (Shahrukh Khan) seorang India Muslim yang menderita Sindrom Asperger. Dia tidak seperti kebanyakan orang lain, sikapnya yang sedikit aneh seperti sentiasa membongkok, berjalan separuh melompat, matanya tidak fokus ketika bercakap, menggumam menirukan suara-suara orang lain, takut pada tempat-tempat yang baru, warna kuning, dan kebisingan, dia juga tidak mampu mengekspresikan perasaannya, dan selalu menggenggam tiga butir batu.

Meskipun demikian dia sangat genius, dan mahir dalam kerja-kerja teknikal dan permesinan. Setelah ibunya meninggal dunia, Rizwan diajak tinggal bersama adik lelakinya yang sudah menetap di Amerika (San Fransisco). Di San Fransisco, Rizwan bekerja dengan syarikat adiknya, sebagai jurujual kosmetik.

Kemudian dia bertemu dengan Mandira (Kajol), pendandan rambut beragama Hindu, Rizwan jatuh cinta kepada Mandira pada pandang pertama. Rizwan akhirnya berkahwin dengan Mandira yang merupakan janda anak satu, anaknya bernama Sameer. Perkahwinan mereka sangat bahagia, sehinggalah akhirnya terjadi sebuah tragedi dari peristiwa 9/11 iaitu peristiwa pengeboman World Trade Center (WTC) di Amerika.

3. Redha (2016)


Alina dan Razlan bergelut untuk membesarkan anak lelaki mereka Danial yang mengidap autism. Razlan yang tidak dapat menerima hakikat telah menyebabkan rumah tangga mereka goyah. Namun Alina terus berusaha dan mereka berjaya mengurus dan membesarkan Danial dalam tempoh sukar, malah mereka berjaya memperbaiki kualiti hidup anak mereka. Tetapi apabila satu insiden berlaku, ia sekali lagi menguji keluarga itu.

4. What's Eating Gilbert Grape (1993)


Gilbert (Johnny Depp),adalah seorang abang yang sangat menyayangi dan selalu menjaga adiknya, Arnie (Leonardo DiCaprio) adalah penderita ASD (Autism Spectrum Disorder). Meskipun adiknya, Arnie kerap melakukan pelbagai kelakuan yang menyusahkan seperti memanjat menara air di sehingga mengundang perhatian penduduk setempat dan polis, Gilbert tidak pernah penat untuk menjaga adiknya tersebut. 

Mulai dari menemani Arnie bermain hingga memandikannya, semua dilakukan oleh Gilbert. Semua itu dilakukannya dalam kondisi keluarga yang tidak terlalu baik. Ayahnya telah meninggal dunia dengan menggantung dirinya beberapa tahun yang lalu dan kejadian tersebut membuatkan ibunya (Darlene Cates) trauma dan hanya menghabiskan waktunya untuk makan dan duduk menonton tv di tempat yang sama selama bertahun-tahun yang menyebabkan dirinya menjadi obesiti. Adik perempuannya, Ellen (Mary Schellhardt) tidak mengambil peduli terhadap Arnie dan lebih mengurusi dirinya sendiri. Hanya kakaknya, Amy (Laura Harrington) yang agak matang dan seolah-olah menjadi seperti ibu bagi mereka semua.

5. Marathon (2005)


Cho-Won berusia 20-an (Cho Seung-Woo) adalah pemuda dengan autisma. Dia tinggal dengan ibunya yang sangat protektif Kyung-Sook (Kim Mi-Sook) dan adik lelaki (Baek Sung-Hyun), yang kadang-kadang membenci perhatian yang diterima abangnya dari ibunya. Melalui sekolah khas dan mengambil bahagian dalam kegiatan fizikal, Cho-Won telah menyesuaikan diri dengan baik dalam masyarakat.

Cho-Won juga memiliki kemampuan untuk berlari. Setelah menempatkan posisi ketiga dalam sebuah perlumbaan, ibunya memutuskan untuk mengupah jurulatih yang tepat untuk melatih anaknya. Cho-Won kemudian memutuskan untuk mengambil bahagian dalam marathon. Cho-Won mengharap mampu memecahkan rekod 3 jam terpantas dalam marathon.


6. Forrest Gump (1994)


Filem ini menceritakan tentang perjalanan hidup seorang lelaki bernama Forrest Gump yang dibesarkan oleh ibunya. Forrest sering diejek dan dijauhi oleh kawan-kawannya kerana kemampuan mentalnya yang menghidapi autisma. Namun di luar ketidakmampuannya itu, ia memiliki kemampuan berlari dengan cepat.

7. Days With You (2009)

Natsuki menjaga adik lelakinya yang autistik. Dia kemudian bertemu dengan rakan masa kecilnya dan jatuh cinta, sayangnya dia menderita penyakit serius.

8. I Am Sam (2001)


Sam Dawson (Sean Penn), seorang penghidap autisma mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Lucy (Dakota Fanning). Mengisahkan tentang perjuangan seorang ayah bagi mendapatkan hak penjagaan anak kesayangannya. 

Bollywood dan filem Tamil ada buat remake filem ini, Main Aisa Hi Hoon (2002) lakonan Ajay Devgan. Manakala filem Tamil, Deiva Thirumagal (2011) lakonan Vikram.


9. Adam (2009)

Adam, seorang lelaki kesunyian dengan Sindrom Asperger, menjalinkan hubungan dengan jiran di tingkat atas rumahnya, Beth.

10. The Accountant (2016)


Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Christian Wolff (Ben Affleck) seorang penghidap autisma yang berkerja sebagai seorang akauntan. Di samping bekerja sebagai seorang akauntan, Christian Wolff juga bekerja dengan beberapa organisasi jenayah dunia yang sangat berbahaya sebagai pembunuh upahan.

11. Life, Animated (2016)


Owen Suskind dilahirkan sihat, sehinggalah dia disahkan autisme ketika berusia tiga tahun. Owen mula berkomunikasi dengan dunia luar melalui filem-filem animasi terutama terbitan Walt Disney Pictures, yang memberi Owen satu cara untuk memahami dunia. Filem ini menceritakan kehidupan Owen dan bagaimana dia hidup dengan bantuan Disney dan keluarganya. Walau bagaimanapun, Owen kemudiannya mula belajar bahawa kehidupan sebenar tidak sama dengan apa yang digambarkan oleh Disney melalui animasi.


12. Barefoot Ki Bong (2006)


Ki Bong (Shin Hyun-joon) seorang lelaki berusia 40 tahun yang menghidapi autistik yang bertingkah laku seperti kanak-kanak, mempunyai hobi berlari dengan kaki ayam. Dia tinggal bersama ibunya Kim Doong Soon (Kim Soo-mi) yang sudah tidak punya gigi, sehingga mengalami masalah dengan pencernaannya.

Ki Bong yang begitu mencintai ibunya ingin sekali membelikan ibunya gigi palsu, tapi harganya mahal. Dibawah bimbingan ketua kampung, Tuan Baek (Im Ha-ryong), Ki Bong berlatih untuk mampu menyertau dalam lumba lari marathon dengan impian menjadi juara agar dapat membelikan ibu tersayangnya gigi palsu.

13. Ocean Heaven (2010)


Filem mengenai seorang ayah yang memiliki anak autisma. Ayah, Wang (Jet Li) diceritakan menderita kanser dan jangka hayatnya tidak panjang. Sementara itu anaknya, Dafu (Wen Zhang) menghidap autisma. Sejak isterinya meninggal dunia, Wang selalu menguruskan dan memenuhi keperluan Dafu. Dia selalu membawa Dafu kemanapun dia pergi malahan ketika bekerja sekalipun.


14. Split (2016)


Chul-Jong (Yoo Ji-Tae) pernah menjadi pemain bowling profesional legenda, namun sebuah kemalangan menghancurkan kerjaya profesionalnya. Sejak itu, dia telah mengasingkan diri. Hee-Jin (Lee Jung-Hyun) memiliki pusat bowling yang mempunyai banyak hutang. Dia membuat pertandingan untuk Chul-Jong, dengan harapan mampu menghasilkan banyak wang untuk melunaskan hutangnya. Kehidupan Chul-Jong dan Hee-Jin berubah ketika Chul-Jong melihat seorang pemuda autistik bernama Young-Hoon (David Lee). Young-Hoon memiliki potensi yang hebat sebagai pemain bowling.

15. Taare Zameen Par (2009)


Ram Shankar Nikumbh (Aamir Khan) seorang guru pendidikan seni yang kepada sebuah sekolah pendidikan kanak-kanak lewat perkembangan. Dia berjaya menyedarkan sepasang suami isteri tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka dan memberi harapan baru pada keluarga tersebut.

16. Chocolate (2008)


Seorang gadis autistik, Zen mempunyai kelebihan iaitu mempunyai ketangkasan yang luar biasa sehingga Zen mampu menangkap semua benda yang dilemparkan kepadanya. Selain itu kerana sering melihat dan menirukan latihan seni bela diri, Zen menjadi sangat hebat dalam aksi seni beladiri. Kehebatan Zen dalam aksi seni bela diri dimanfaatkannya untuk mencari wang.

17. Koi Mil Gaya (2003)

Hrithik Roshan yang memegang watak sebagai Rohit anak kepada seorang saintis, Sanjay Mehra (Rakesh Roshan) Setelah dilahirkan dengan masalah perkembangan intelektual serta tingkah lakunya yang kebudak-budakan. Watak alien yang diberi nama Jadoo sering membantu Rohit dengan menggunakan 'kuasa istimewanya' nya untuk meningkatkan daya pemikiran Rohit agar tidak mudah dibuli oleh masyarakat sekeliling.

Sumber: Kakimuvee

Banyak lagi tak tonton lagi rupanya. Banyak dari filem ini adalah filem korea... MF mula jatuh cinta dengan movie korea sebab banyak moral dalam filemnya. dan kebanyakannya filemnya berkisar tentang kehidupan dan kemanusiaan. 

Jom sediakan GB internet untuk tonton movie ini... boleh cari di telegram kalau nak download dan tonton... moga bermanfaat untuk kita semua dan lebih faham tentang penghidap Autisme.

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ