GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sunnah Ucapan I LOVE YOU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sunnah Ucapan I LOVE YOU


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي

Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat kelak: "Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini kunaungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku." (HR Muslim No: 4655) Status: Hadis Sahih

Sunnah Ucapan "I LOVE YOU"
sumber: google images

Saling Mencintai Kerana Allah Akan Dinaungi Di Hari Kiamat


1.  Saling mengasihi dan berkasih sayang antara sesama orang beriman adalah suatu tuntutan.

2.  Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah akan tergolong dalam salah satu golongan yang akan mendapat naungan di hari Kiamat.

3.  Ibnu Hajar rahimahullah: Dua orang yang saling mencintai di jalan Allâh, di mana ia berpisah dan berkumpul kerana-Nya, yaitu apabila keduanya saling mencintai kerana agama, bukan kerana yang lainnya. Cinta kerana agama ini tidak putus kerana dunia, baik dia berkumpul secara hakiki atau tidak, sampai kematian memisahkan keduanya.


Sunnah Ucapan "I LOVE YOU"
sumber: pintrest

Sunnah Ucapan I LOVE YOU

4.  Seorang lelaki yang mencintai lelaki lain kerana Allah begitu juga wanita yang menyayangi wanita lain kerana Allah, dianjurkan  oleh Rasûlullâh SAW agar kita memberitahu kepadanya. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis  dengan lafaz:

إِنِّي أُحِبُّكَ فِي اللهِ

Sesungguhnya aku cinta kepadamu kerana Allâh 


Kemudian balaslah ucapan tersebut dengan lafaz:

أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِي لَهُ

Mudah-mudahan Allâh mencintaimu yang telah mencintaiku kerana-Nya.


Moga kita tergolong dalam golongan yang mendapat naungan di hari akhirat nanti dengan saling menyayangi sahabat kita semata-mata kerana Allah.


Jom ucap "I love you" kepada sesiapa yang halal untuk kita sayang.. kepada adik beradik, kepada sahabat, kepada rakan, kepada anak kecil dan kepada sesiapa sahaja... asalkan ianya halal... maknanya bukan kepada mak we pak we yang belum sah akadnya... selalu lah ucap sayang kepada yang halal kerana bakal mendapat naungan Allah di akhirat.. insha Allah...

Cinta dan kasih kerana Allah... 

2Ulasan

  1. Cinta,kasih sayang kerana Allah...bila kerana Allah akan tahu batasannya...tidak mencemari dan dicemari...

    BalasPadam
  2. selalu i love u shu guna untuk kawan baik. hihi sebenarnya malu nak cakap. takut ada yang salah paham.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ