GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

TIPS MEMILIH SPORT RIM KERETA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


TIPS MEMILIH SPORT RIM KERETA
RIM BBS RS GOLD LIPS POLISH 17 8.5JJ ET33
TIPS MEMILIH SPORT RIM KERETA | Sport rim kereta memang menjadi kegilaan bagi lelaki yang mempunyai kereta sendiri, baik yang bujang mahupun berkahwin. Tapi zaman dan berubah... Perempuan sekarang pun dah minat tukar2 rim kereta yang kini menjadi trend. Kalau kereta guna rim kompang (standard rim besi gaban) mau kena kutuk dek kawan2... Ada yang malas nak layan dia akan kata "Kereta aku, yang kau sibuk aku tak tukar sport rim bagai apa hal???" Ikutlah masing2 ada minat tersendiri...


TIPS MEMILIH SPORT RIM KERETA
RIM ROTIFORM SILVER LIPS POLISH 17 9JJ ET30
 Hari ni AF nak cerita fasal tips memilih rim yang sesuai pada kereta. Apa... ingat beli ikan kat pasar je ke nak kena pilik yang elok2... Pilih rim kereta main timbang kilo je ke??? Jangan... Silap hari bulan bila rim yang kita pilih tak sesuai malah mendatangkan banyak masalah... Contohnya... Tayar sagat bodylah, rim berat dan buat minyak kereta kuatlah dan macam2 lagi... Sebab tu org tua2 kata, malu bertanya, sesat jalan. Samalah mcm kes nak pilih sport rim kereta ni juga...


TIPS MEMILIH SPORT RIM KERETA
RIM BBS CH DARK SILVER FACE POLISH 18 8JJ ET40

Ok, panjang berjela pulak mukadimahnya... Stright to the pointlah... 

TIPS MEMILIH SPORT RIM KERETA

1. Kenal pasti PCD atau SAIZ lubang rim

Tips PERTAMA untuk menukar rim kereta. Kenal pasti PCD atau lubang rim saiz apa... Ha... Apa pulak PCD tu? PCD tu singkatan bagi "Pitch Circle Diameter" Tapi org melayu kita panggil saiz lubang rim yang dok tengah2 tulah... Setiap kereta tak sama PCD rim biasalah kena pulak buatan luar negara mcm Toyota atau Honda. Tambahan pulak PCD kebanyakkannya bergantung pada jenis kereta juga. Ada yang 4 lubang, 5 lubang dan 6 lubang. Saiz pula ada yang 114.3, 100, 110, 120 dan banyak lagi... Yang AF yatakan tu hanya sebahagian sahaja yang ada kat Malaysia ni... AF bagi sekali gambar PCD untuk korang study ea...

TIPS MEMILIH SPORT RIM KERETA
Ukuran PCD rim

2. Kenal pasti ET atau OFF SET rim

Tips KEDUA pulak, kenal pasti ET atau OFF SET rim... Apa tu??? ET tu singakatan bagi "Einpresstiefe" atau "Offset" iaitu dalam bahasa melayu nya mengimbangi. Maksudnya nak tahu rim kita jenis masuk ke dalam atau terkeluar dari fender atau body kereta. AF bagi lagi pic offset kat bawah ni...

TIPS MEMILIH SPORT RIM KERETA
Ukuran Offset rim

3. Saiz lebar rim

Tips KETIGA saiz lebar rim atau org selalu kata JJ... Lebar rim adalah untuk menentukan kesesuaian tayar yang kita akan guna. Trend sekarang suka guna rim lebar tapi tayarnya tidak lebar supaya bila pakai rim lebar tayarnya tidak sagat pada fender atau body kereta... Kena perhati betul2... Ukuran JJ tu... Bukan dari luar bibir rim, tetapi dari dalam... Atau kalau nak lagi mudah tengok kat belah dalam atau belakang rim ada tertulis saiz lebar rim kebiasaannya...

TIPS MEMILIH SPORT RIM KERETA
Ukuran lebar rim

4. Kenali saiz rim dan warna yang sesuai

Tips KEEMPAT dan terakhir sekali adalah kenali saiz rim dan warna yang sesuai untuk kereta anda... Sbb kalau rim besar kereta kecil atau kereta kecil rim terlalu besar dan nampak mcm kartun pulak nanti. Warna rim juga mainkan peranan. Kalau rasa nak mudah dipadankan ambil warna universal seperti HITAM, SILVER, GOLD atau MERAH... Warna2 ini amat sesuai untuk dipadankan dengan apa jua warna kereta...

Oklah itu sahaja tips yang AF nak kongsi pada semua. Semoga ianya berguna pada abang-abang atau akak-akak yang sedang blurr mcm mana nak cari sport rim yang sesuai untuk kereta masing2... Kalau ada apa2 nak tanya fasal rim atau nak beli rim pun boleh je wasap AF terus... Ni wasap AF... www.wasap.my/60192732794 kalau nak beli sticker utk naik seri rim kereta pun AF ada jual... Insha Allah kalau bereksempatan AF akan reply wasap sepantas kilat... Wassalam...

tips pilih rim
Salah satu contoh sticker rim jenis cutting ea... bukan printing...

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ