GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

[Review] Telemovie Pok Ya Cong Codei

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

[Review] Telemovie Pok Ya Cong Codei | Telemovie Pok Ya Cong Codei, jadi viral sejak bulan lalu. Ada juga tengok iklan kat Astro, tapi kami pakai NJOI je, mana ada siaran tu.

Tak pe la, sebab nampak pelakon otai Sabri Yunus berlakon, mesti best tambah pula dengan dialek Kelantan, lagi bertambah rasa nak tengok tu.

Tak lama lepas ditayangkan di Astro, pasti akan keluar kat online punya. Jadi, memandangkan semalam ada waktu free sikit, layanlah kejap sambil mata menjeling tengok anak main.

[Review] Telemovie Pok Ya Cong Codei

Sinopsis

Pok Ya seorang otai samseng di Kelantan yang ditugaskan oleh seorang kenalan lama bergelar Dato'untuk mencari anak perempuannya yang hilang.


Review

Telemovie ni simple dan santai. Bukan telemovie yang berat. Watak Pok Ya yang dibawa oleh Sabri Yunus sendiri sememangnya menjadi sebab dialek Kelantan tu, original bahkan nampak seperti tak baca skrip. Seronoklah layan.

Tambah pula gandingan mantap dari Mustafa Kamal sebagai Dato' Sahak dan anak perempuannya bernama Aina yang dibawa oleh Uqasha Senrose.

Isunya terjadi, bila Rashdan menculik Aina untuk membalas dendam atas kematian bapanya. Bapa Rashdan yang merupakan pekerja Dato' Sahak mati dilanggar oleh Tony iaitu bisnes partner Dato' Sahak. Rashdan bengang la sebab sepatutnya kematian bapanya dapat la pembelaan, kerana Dato' Sahak kan lawyer terkenal. Tapi sebaliknya dia sembunyikan kes itu macam takde pape.. itu yang buatkan Rashdan ni berdendam.

Lagi satu tujuan dia culik anak Datuk Sahak tu konon nya nak minta tebusan... Sebab nak duit tu untuk rawat sakit mak dia. Tapi kerana teringatkan pesan mak dia tentang sumber duit yang halal... Dia akhirnya lepaskan Aina. Tapi kerana kejujuran dia, Aina ni simpati kat Rashdan dan tak berhajat nak ambil tindakan undang-undang kat Rashdan.

Kisah ni bertambah best bila Pok Ya jumpa Rashdan, dan konflik juga berlaku bila Datuk Sahak yang belot dan berhajat nak bunuh Pok Ya. Telemovie ni ringan dan kisah orang jahat tapi takde adegan gaduh-gaduh pun... Sikit je ada part Pok Ya lawan dengan orang suruhan Datuk Sahak tapi tu pun nampak kelakar...

Telemovie ni sesuai je ditonton oleh umum sebab takde adegan yang melampau.

Dengan dialek Kelantan tu, buatkan telemovie seronok. Kekuatan telemovie ni sebab pemilihan pelakonnya yang memang betul orang Kelantan. Sebab tu telemovie ni menjadi. Lagipun dialek Kelantan ni susah nak tiru, kalau nak pilih pelakon yang bukan orang Kelantan menang payah la.

Moral movie.

Kalau tak jahat, jangan belajar nak jadi jahat.

Lebih senang cari isteri lain dari isteri lari.

Carilah rezeki yang halal dalam menafkahkan keluarga.

Rasuah akan menjadikan diri tidak tenang dan keluarga porak peranda.

Cantikkan diri dihadapan suami untuk tambat hati suami.

Tinggalkan nafkah kepada isteri ketika berjauhan dari isteri.

Ke mana pergi, jika ingat Allah tak mampu nak jadi jahat. Macam Pok Ya, yang nak buat jahat tapi sentiasa sebut nama Tuhan.

Itulah yang MF rasa best juga layan telemovie ringan dan santai begini dari layan kisah cinta, orang kaya dan cinta 3 segi...

Sekian,

P/s: Sarikata disediakan bagi sesiapa yang tak faham dialek Kelantan... 😁

3Ulasan

  1. menarik ni boleh cuba tengok.. banyak je telemovie best negara kita ni. yang santai2 tak berat kepala nak fikir lagilah orang suka =)

    BalasPadam
  2. wahhhh i didnt know about this movie.

    BalasPadam
  3. Saya tak tengok lagi, lagipun takde Astro ni. hehe.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ