GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Tahun Usaha Keras Naikkan Blog, Kini Mampu Tersenyum

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Tahun Usaha Keras Naikkan Blog, Kini Mampu Tersenyum | Lama tak bebel pasal blog sendiri... Sementara nak tidur, layan blog kejap... Sekadar mencoret di sini sebagai monolog diri...

5 tahun, bagi MF bukan satu tempoh yang singkat... Bahkan hingga detik ini masih lagi sedang berusaha untuk blog kesayangan ini.. ya, blog ini sayang sangat... Awalnya buat blog ni sebab ikut orang... Tengok kak ipar dan kawan satu universiti ada blog... Seronok tengok depa boleh cerita macam-macam dalam blog... Atas dorongan suami, MF pun buat la blog juga.

Lepas ada blog, blog terkubur sepi... Dan selepas tahun 2012, mula ada talian internet tetap ,barulah kembali mencoret di blog dengan lebih kerap.

Setiap hari belajar dan buat kat blog sendiri... Belajar dan terus belajar.. 2012, study pasal Nuffnang.. katanya boleh jana pendapatan sampingan..lepas baca dan kaji, akhirnya beranikan diri daftar Nuffnang dan pasang pada blog.

Mula-mula takde hasil apa pun.. tapi sabar je... Lama juga baru ada hasil... Dapat 25 sen pun dah happy dah... Itu buatkan diri lebih seronok berblog.

Kemudian teruskan belajar pasal blog.. belajar coding, tukar dan hias template sendiri.. semuanya ikut tutorial dan Google je sendiri... Masa tu gigih betul update dan kemaskan blog.

Dah nampak stabil belajar pula pasal template SEO. Dulu zaman blog berbunga-bunga, ada muzik, ada widgets menarilah, kartun lah... Banyak blog macam tu lah..

Mula sayang juga nak tukar blog warna purple tu.. tapi ikut perkembangan zaman dan kejar trafik dalam Google, redha tukar..

Mula kepada tema biru putih... Dua tahun guna template tu... Seiring dengan perkembangan zaman... Blog semakin ke arah SEO pula... Jadi, agak sukar nak cari blog yang berkenan tapi mesra SEO. Beli template.. Tak mungkin sebab template free pun tak kurang hebatnya.


5 Tahun Usaha Keras Naikkan Blog, Kini Mampu Tersenyum

Hampir setahun mencari template yang sesuai dan berkenan di hati.. Lebih 50 template di download dan cuba try and error sendiri...

Letih juga sebab main coding kan.. Tambah dengan kerja, layan anak sebab tu makan masa hampir setahun tu..

Akhirnya bulan September tahun 2017 dapatlah template yang berkenan... Sebenarnya, yang lebih membuak rasa nak cari template SEO yang sesuai tu sebab bulan April 2017, tahun kejayaan lulus AdSence. Tak sangka sungguh... Alhamdulillah.

Alhamdulillah, template tu ringan, mesra mobile dan mesra SEO... Warna pun MF guna warna yang smooth je..

Disamping tukar template, sepanjang MF berblog cari juga jalan lain selain Nuffnang untuk tambah pendapatan.

Masa pakai template biru tu, PV tinggi setiap hari.. Pernah cecah hingga 25k sehari... Jadi, ada potensi mohon innity... MF mohon je... Alhamdulillah rezeki.. Sekali mohon terus dapat.. Pasang kat blog.. Bulan pertama, kedua ketiga tak de hasil sebab macam tak reti nak pasang. Pihak innity email tunjukkan cara pasang dan setting... Alhamdulillah.. Lepas tu baru dapat hasilnya... Bulan kelima lepas pasang baru dapat income..

Kemudian, mohon AdSence pula.. Kali pertama, kedua tak berjaya.. Tak pe lah.. Redha je... Tengah kecoh ramai Blogger mohon AdSence.. MF cuba mohon lagi sekali... Alhamdulillah.. Lulus...

Terus pasang kat blog.. Seminggu je ada earnings. Lepas tu iklan hilang... Tak muncul.. Mula ingat sebab template, gigih tukar template.. Tapi sama juga... Tanya orang tiada kesudahan.. Akhirnya, cari sendiri... Usaha hingga dapat email kan masalah tu kepada pihak AdSence sendiri..

Rupanya, ada kesilapan teknikal sikit... Alhamdulillah lepas pihak AdSence betulkan.. Iklan AdSence kembali dengan earning yang baik.

Kini.. Tahun 2018, MF mampu menarik nafas lega dalam berblog... Tahun ni tahun untuk maintain kan blog.. Stabilkan PV dan UV serta update entry yang lebih berkualiti dan bermanfaat.

Dari segi income pun dah rasa lega.. Dah mampu jana pendapatan tetap bulanan dari berblog melalui pasang iklan sahaja... Alhamdulillah... Rezeki Allah...

Harap juga dapat job reviews tapi mungkin susah sikit sebab sekarang ni Blogger perlu jadi Socmed Influencer.. Baru banyak job melekat... Tapi tak pe... Rezeki Allah itu luas.. Kita dengan cara kita tak perlu ikut cara orang kan...

Moga tahun ini lebih cemerlang dalam  berblog... Moga dapat jana pendapatan yang lebih... Target pendapatan blog tahun ni 5 angka... Moga dapat la... Insha Allah... Jika tak dapat pun tak kisah sebab bukan itu tujuan utama berblog.. Asalkan kandungan dan penulisan MF dijadikan panduan dan amalan serta bermanfaat untuk orang lain. Insya Allah. 

6Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ