GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Throwback 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Throwback 2017 | Sekejap saja masa berlalu dah tahun 2018. Lagi 2 tahun nak capai tahun 2020.

2017, bila di imbas semula... Banyak suka duka sepanjang tahun... Banyak kejutan yang berlaku tahun 2017. Bahkan 2017 juga dianugerahkan rezeki yang tak dijangka.


Throwback 2017

Apa yang berlaku  sepanjang 2017?

Takde apa yang menarik... Cuma tahun 2017 tak sangka dianugerahkan dengan cahaya mata lagi... Itulah kejutan tahun 2017 yang buatkan MF lupa habis apa yang menarik tahun 2017.

Ramai terkejut MF tambah anak lagi tahun 2017 sebab ramai juga rakan MF yang sama mengandung dan melahirkan 2016..tertiba dapat anak lagi 2017 kan..

MF sendiri pun masih mood nak sesuaikan diri dengan status #makanakempat.

Perancangan di luar perancangan Allah... Namun syukur dan redha dengan ketentuan Allah Yang pastinya terbaik untuk kita kan.

Takde apa yang menarik... Cuma tahun 2017 tahun yang boleh dikatakan tahun bahagia.. Cuma tak bestnya tahun 2017 waktu cuti dan raya MF dan keluarga diuji dengan demam.. Lepas cuti dan raya, lega demam... Jadinya kedua-dua raya tak jenjalan ke mana sebab demam satu keluarga.

Tahun 2017 juga MF kerap diserang asma. Dan rupanya petanda MF pregnant tu adalah MF kena asma teruk. Suami pula alah teruk... Tapi tak layan semua tu sebab anggap itu dugaan biasa. Sebab MF memang ada asma pun... Tapi rupanya itu tanda MF mengandung. Lepas tahu pregnant tu kenang balik rupanya itu tanda pregnant. 😁

2017 juga tahun kedua menetap di Johor. Masih nak sesuaikan diri di sini. Tahun 2018 merupakan tahun ketiga di sini. Moga dipermudahkan segalanya urusan.. Insha Allah.

Itu serba sedikit pasal kehidupan MF tahun 2017. Takde apa yang menarik. Biasa saja.

Harapan tahun 2018 

Moga tahun 2018 ni dilapangkan rezeki... Diberikan kesihatan dan kekuatan untuk MF sekeluarga untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaiknya. Insha Allah... 

2Ulasan

  1. singgah membaca...selamat tahun baru 2018.. :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..rezeki luar jangka kerana Allah nak beri anak soleh..setelah 3 orang solehah..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ