بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Hakikat Sebuah Rezeki | Sebut rezeki yang merewang dalam fikiran kita ialah gaji banyak, job banyak, urusan bisnes lancar, aset sana sini, kereta dan rumah besar.
Dulu kalau nak murah rezeki, kita fikir solat sunat Duhai, zikir dan sedekah itu punca pintu rezeki. Tapi sebenarnya kita silap. Hakikat makna rezeki yang sebenarnya dalam Islam lebih luas dari apa yang kita fikirkan.
Hakikat Sebuah Rezeki
Ternyata.....🍁 Langkah kaki yang dimudahkan untuk hadir ke majlis ilmu, itu adalah rezeki.
🍁 Langkah kaki yang dimudahkan untuk solat berjemaah di masjid, adalah rezeki.
🍁 Hati yang Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah rezeki.
🍁 Punyai kawan-kawan dan sahabat yang soleh dan solehah yang saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.
🍁 Saat keadaan sulit penuh keterbatasan, itu juga rezeki. Mungkin jika dalam keadaan sebaliknya, justeru membuat kita kufur, sombong, angkuh bahkan lupa diri dan mudah terdorong melakukan maksiat.
🍁 Punya orang tua yang sakit, ternyata itu adalah rezeki, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu syurga bila kita tulus ikhlas menjaga dan mengurus kedua orang tua kita.
🍁 Tubuh yang sihat, adalah rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk rezeki, kerana sakit adalah penghapus/penggugur dosa jika kita redha dan sabar.
🍁 Suami Isteri dan anak-anak yang sihat itu rezeki,
🍁 Anak-anak pelajarannya lancar itu rezeki,
🍁 Hidup rukun sesama jiran tetangga itu rezeki...
🍁 Bahkan bila anda mendapat kiriman/pesanan tausiah keagamaan yg mengajak kebajikan dari Group WhatsApp itu juga rezeki, kerana anda mendapatkan Ilmu darinya...
Justru apa yang harus kita berwaspada adalah ketika hidup kita berkecukupan, lebih-lebih lagi jika mewah, penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, sedangkan... masih terlalu banyak hak Allah yang belum mampu atau tidak kita tunaikan...
"Mari sebarkan kebaikan dan nikmati Rezeki-rezeki yang Allah amanahkan kepada kita"
*ۚ ﻭَﻣَﺎ ٱﻟْﺤَﻴَﻮٰﺓُ ٱﻟﺪُّﻧْﻴَﺎٓ ﺇِﻻَّ ﻣَﺘَٰﻊُ ٱﻟْﻐُﺮُﻭﺭِ*
".. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Al-Hadid - 57:20)
Olahan sumber : Facebook Usrah Solehah
Jangan nampak rezeki tu duit sahaja, sedangkan banyak rezeki lain yang lebih dari nilai duit tu Allah berikan kepada kita setiap hari.
Syukur selalu..
Semoga bermanfaat...
betul tu. hakikatnya pengertian rezeki tu lebih luas sebenarnya....
BalasPadam