div id='header-inner'>

Kelebihan dan Khasiat Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kelebihan dan Khasiat Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera) | Aloe Vera atau lidah buaya adalah sejenis pokok berdaun runcing yang penuh duri kecil di hujung daunnya.

Hampir 100 peratus pokok Aloe Vera mengandungi air. Bahagian dalam pelepahnya dipenuhi isi berbentuk gel yang mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.

Aloe Vera mengandungi lebih 200 komponen aktif antaranya vitamin, mineral, asid amino, enzim serta lemak asid malah sudah digunakan masyarakat dunia sebagai terapi untuk kesihatan sejak lebih 5,000 tahun lalu.

Aloe Vera kaya dengan vitamin A, C dan E serta asid folik, choline, B1, B2, B3, B6 dan B12 di samping mineral seperti kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi.


Kelebihan dan Khasiat Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera)

Tumbuhan yang dikenali sebagai sabir dalam Bahasa Arab juga dipenuhi khasiat asid amino dan asid lemak yang penting untuk pertumbuhan tubuh yang sihat di samping mempunyai kemampuan mengurangkan jumlah lemak dalam darah.

Semua bahan yang terkandung di dalam Aloe Vera bertindak membantu mengurangkan simptom alahan dan masalah penghadaman tidak lancar. Malah pokok Aloe Vera dikatakan mempunyai khasiat yang mampu meningkatkan ketahanan badan bagi melawan penyakit.

Aloe Vera mampu menyegar dan membersihkan saluran penghadaman seterusnya memperbaiki masalah penyingkiran toksin dari badan, yang sememangnya boleh menyebabkan seseorang tertekan atau stress.

Aloe Vera juga membantu masalah cirit birit dan merawat masalah pencernaan serta pedih ulu hati, selain mengurangkan bakteria dan menyeimbangkan flora dalam perut. Malah ia juga membantu menurunkan berat badan secara tidak langsung apabila sistem penghadaman menjadi lebih sihat.

Aloe Vera Gel juga mampu mencantikkan dan menyihatkan kulit serta merawat masalah seperti jerawat, luka kecil, psoriasis, gigitan serangga, melecur dan memudarkan parut yang masih baru. Ini kerana ia bertindak seperti penawar yang bukan saja dapat melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, malah mempercepatkan proses penyembuhan.

Sifat Aloe Vera yang kaya dengan air bertindak sebagai pelembap untuk menyegarkan kulit dan membantu memulihkan keadaan kulit yang kering dan rosak. Mereka yang kerap terdedah pada sinaran matahari boleh menggunakan Aloe Vera untuk melegakan keadaan kulit yang terbakar akibat panahan matahari. Sebab itu, banyak produk kosmetik menjadikan aloe vera antara ramuan utama untuk kecantikan wajah dan kulit.

Amalan menyapu Aloe Vera Gel pada kulit muka sebelum mengenakan mekap menjadikan kulit lebih lembut, lembab dan segar.

Khasiat Aloe Vera juga mampu melembutkan, melebatkan dan mencantikkan rambut.

Kelebihan dan Khasiat Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera)

Selain untuk kecantikan Aloe Vera juga mempunyai banyak kelebihan dan khasiat untuk kesihatan tubuh badan.
  1. Membantu mengawal kolestrol dalam darah. Ambil bersama Artic-Sea.
  2. Membantu mengurangkan masalah akibat gout.
  3. Memperbaiki sel darah.
  4. Membantu menghalang penyakit batu karang.
  5. Melancarkan sistem penghadaman dan penyakit ulser
  6. Menyingkirkan toksin dalam usus dan melindungi usus.
  7. Membantu memberi KESEIMBANGAN asid/alkali dalam badan
  8. Membantu menyingkirkan kafein yang terhasil dari kopi atau teh
  9. Mengurangkan masalah tekanan darah tinggi.
  10. Membekalkan mineral, vitamin dan enzim yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.
  11. Melegakan sakit buasir
  12. Melegakan sembelit kerana bertindak sebagai pelincir untuk sistem perkumuhan.
  13. Membantu mengawal kadar gula dalam darah
  14. Menguatkan daya ketahanan atau sistem imunisasi badan.
  15. Memelihara kesihatan buah pinggang.
  16. Mengawal dan memulihkan gastrik
  17. Mencantikkan kulit.
  18. Membekalkan tenaga
  19. Mengawal berat badan.
  20. Mengawal kolestrol dalam badan.

Petua Kesihatan dan Kecantikan Dengan Lidah Buaya

1. Mengubati luka terbakar,

caranya adalah: daun lidah buaya dicuci bersih, lalu dibelah menjadi dua, di dalamnya akan terdapat lendir seperti gel disapu pada luka bakar maka dalam masa 2-3 hari akan sembuh. Jika luka juga boleh buat perkara yang sama... Cepat berhenti darah dan luka lebih cepat sembuh.

2. Mengeluarkan racun tubuh,

Iaitu adanya kandungan gelatin yang boleh berkhasiat menyerap racun dalam usus dan mengeluarkannya bersama feses, caranya sangat mudah iaitu dengan membuat jus lidah buaya.

3. Menurunkan diabetes,

iaitu dengan cara mengambil jus lidah buaya setengah sudu diminum rutin selama 14 hari dipercayai dapat menurunkan kadar gula 45%.

4.Menghilangkan jerawat merah yang besar atau jerawat batu,

caranya: ambil saja lidah buaya, kemudian belah, lalu ambil getahnya atau lendir yang terdapat didalamnya. Sapukan pada bahagian wajah yang terkena jerawat sekali dalam sehari kurang lebih selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air suam.

5. Menghilangkan bintik hitam pada wajah,

caranya: wajah dibersihkan terlebih dahulu menggunakan facial foam, ambil jelly lidah buayanya, lalu bersihkan dari lendir–lendirnya dan usapkan ke wajah setiap pagi juga malam hari. Biarkan selama 30 minit. Selepas itu bersihkan dengan air bersih lalu keringkan. Lakukan sekurang-kurangnya 2x sehari berturut–turut. Cara ini memakan masa lama, namun bila dilakukan secara rutin, hasilnya pun akan maksimum.

Kalau MF, lepas sapu aloe vera tu, ambil tisu muka dan tekap pada wajah... Biar sampai kering,kemudian dah kering tarik tisu tadi dan akan nampak bintik hitam dan putih pada muka tertanggal. Cubalah!

6. Menguatkan akar bulu mata,

caranya: sebelum tidur, cuci bulu mata agar terbebas dari bahan kimia seperti maskara, lalu ambil lendir lidah buaya, oleskan pelan- pelan pada bulu mata, biarkan selama 30 minit, lalu cuci dengan air biasa hingga bersih. Bila teratur menggunakannya, dijamin bulu mata tidak mudah gugur dan tebal.

7. Merawat rambut agar tidak mudah gugur, mengurangkan kelemumur, dan mempercepatkan pertumbuhan rambut,

caranya adalah ambil dua pelepah lidah buaya yang sudah dicuci, kemudian gosokkan isinya pada kulit kepala yang telah dicuci. Kemudian balut rambut dengan kain dan bilas keesokan harinya, usahakan melakukan rawatan ini setiap hari untuk mendapatkan hasil maksimum.

8. Digunakan sebagai gel cukur,

caranya sangat mudah, oleskan lendir lidah buaya sebelum mencukur janggut atau misai, cara ini sangat berkesan untuk mencegah iritasi kulit, kulit akan terasa sejuk dan tidak pedih.

9. Merawat buasir,

caranya adalah parut lidah buaya, tambahkn madu dan setengah cawan air masak pada parut tersebut, kacau hingga rata, tapis, lalu diminum 3 kali sehari.

10. Diproses menjadi minuman bernilai ekonomi tinggi,

NATA DE ALOE, bentuknya seperti nata de coco atau sari kelapa, bila dimakan dapat berkhasiat untuk mencegah bengkak sendi, mencegah sel kanser, serta membantu penyembuhan luka selepas pembedahan.

11. Mengatasi Batuk

– 20 g daun lidah buaya
– Cuci kupas kulit dan durinya lalu potong-potong
– campurkan 2 sudu makan madu lebah asli.
– Minum 2 kali sehari
– Ulangi selama 10 hari

12. Mengatasi Sakit Tekak

– 1 daun lidah buaya
– Cuci lalu kupas kulit dan durinya
– Isinya dipotong-potong atau diblender
– Tambahkan 1 sudu makan madu asli
– Minum 3 kali sehari

13. Mengatasi Sembelit

– Setengah (1/2) batang daun lidah buaya
– Cuci lalu kupas kulit dan durinya
– Potong kecil-kecil isinya
– Tambahkan dengan setengah (1/2) gelas air
– Campurkan 1 sudu makan madu
– Makan 2 kali sehari

14. Ubat Diabetes Diabetes

– 2 batang daun lidah buaya
– Cuci dan buang durinya lalu potong-potong.
– Rebus dengan 3 gelas air hingga mendidih
– Tapis air rebusan tersebut
– Minum 1/2 gelas – 3 kali sehari sesudah makan

15. Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah

– 1 pelepah lidah buaya ukuran besar (kira-kira seukuran telapak tangan)
– Bersihkan dengan mengupas kulit dan durinya
– Rendam sekitar 30 minit dalam air garam
– Ramas sebentar lalu bilas di bawah air yang mengalir
– Rebus dengan 3 gelas air hingga mendidih
– Sejukkan dan tapis
– Minum 1/2 gelas – 2 sampai 3 kali sehari.


Cara Membuat Minuman Lidah Buaya

  1. Ambillah daun lidah buaya yang segar dan berukuran besar agar memiliki banyak gel yang dapat dijadikan campuran minuman.
  2. Kupas kulit daun lidah buaya hingga tinggal gel lidah buaya yang jernih.
  3. Potong-potong gel lidah buaya tersebut dalam bentuk dadu.
  4. Rebus pandan dengan air hingga mendidih sehingga naik aroma pandan dari air tersebut.
  5. Rendam potongan gel lidah buaya dengan air pandan kurang lebih selama 2 jam.
  6. Setelah 2 jam tapiskan gel lidah buaya dan simpan dalam peti sejuk.
  7. Gel lidah buaya tersebut sudah dapat dijadikan campuran minuman yang lazat dan sihat lagi menyihatkan.

Banyak betul petua dan khasiat dari lidah buaya ni... Patut la banyak produk gel lidah buaya dijual dipasaran sekarang ni...

Antara pengalaman sendiri dengan pokok ni.. MF pernah guna untuk berhentikan darah luka. Kalau luka, terbelah kulit ambil aje aloe vera dan sapu pada luka.. Sekejap je luka akan bercantum dan darah berhenti.

Selain tu, MF sendiri pernah jadikan aloe vera ni untuk rawat demam. Ambil aloe vera, buang kulit dan tekapkan gel alo vera pada kepala...  Sekejap je akan reda panas badan diserap oleh aloe vera gel ni...

Jadi, aloe vera ni boleh di jadi kan salah satu tanaman yang patut ada di setiap rumah untuk saat-saat kecemasan. Sebab sangat banyak manfaat nya... Walaupun sekarang ada yang siap di proses jadi gel... Tapi tetap tak sama dengan yang original...


Sekian, semoga bermanfaat..

Sumber rujukan : internet

Catat Komen

2 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)