div id='header-inner'>

Ujian Adalah Kebaikan Dari Allah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ujian Adalah Kebaikan

أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ

Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya." (HR Bukhari No: 5213)

Pengajaran:

1.  Orang yang diuji dengan suatu ujian adalah salah satu tanda Allah ingin menganugerahkan kebaikan padanya.

2.  Allah berfirman

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ

“Sungguh, Kami akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan kabar gembira bagi orang-orang yang bersabar” (QS. Al Baqarah: 155).

3.  Bersabarlah ketika kita mendapatkan ujian dan cobaan, kerana ia bertujuan untuk menggugurkan dosa atau mengangkat darjat kita.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW  bersabda,

لَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ أَوْ الْمُؤْمِنَةِ فِي جَسَدِهِ وَفِي مَالِهِ وَفِي وَلَدِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ مِنْ خَطِيئَةٍ

“Sentiasa ujian itu menerpa mukmin atau mukminah pada jasadnya, harta dan anaknya sampai ia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa.” (HR. Ahmad dan At-Tirmizi) Status: Sahih


ALLAH SWT MENGUJI MANUSIA DALAM PELBAGAI BENTUK UJIAN.

Firman Allah SWT yang bermaksud ;
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan :

📍Sedikit perasaan takut,
📍Dan (dengan merasai) kelaparan,
📍Dan kekurangan dari
(1) harta benda
(2) dan jiwa
(3) serta hasil tanaman."

[Surah Al-Baqarah 155]


Moga Allah berikan kekuatan dan ketabahan buat mereka yang diuji.. Jika kita rasa teruji.. Dan beratnya ujian, ingat, ada lagi yang lebih berat daripada kita hadapi...

Moga Allah permudahkan urusan buat Mereka yang diuji...

Salam takziah buat blogger Pinky Mommy atas kehilangan suami tersayang... Moga beliau tabah hadapi hari-hari mendatang... Insha Allah.. Ujian hebat untuk orang yang hebat. Ujian Allah sesuai dengan kemampuan kita... Allah uji kita ikut kemampuan kita...

Catat Komen

1 Ulasan

  1. thanks for sharing MF... salam takziah buat pinky mommy n fmly

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)