November 18, 2017

Senarai Keperluan dan Kos untuk Persediaan Masuk Darjah 1

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Senarai Keperluan dan Kos untuk Persediaan Masuk Darjah 1 | Tahun 2018, tahun debaran untuk #ibumuda macam MF sebab anak sulung bakal bersekolah rendah. Sebelum ni sekolah tadika PASTI dan Pra-Sekolah saja. Tahun depan si kakak bakal menghadapi cabaran dan menghadapi suasana sekolah yang sebenar.

Risau, debar dan macam-macam perkara mula dah bermain kat fikiran ni sebenarnya.. Tambah pula dengan persediaan fizikal, wang dan mental serta emosi kita sebagai ibu bapa. Tanya si anak, memang tahu seronok aje dia... Kita sebagai ibu bapa nilah kena fikir segala keperluan dia.

Apa pun, MF cuba buat senarai semak seawal mungkin sebagai persediaan awal untuk anak MF hadapi alam persekolah Darjah 1 tahun 2018.


Senarai Keperluan dan Kos untuk Persediaan Masuk Darjah 1

1. Pendaftaran Online

  • Pendaftaran online boleh dilakukan seawal 5 tahun. Masa umur 5 tahun, belum ada pendaftaran online, jadi kami buat secara manual di sekolah yang kami nak sekolahkan si kakak ni. Bawa surat beranak dan dapatkan cop pengesahan di sekolah tersebut.
  • Pendaftaran online di public.moe.gov.my. Masa umur 6 tahun baru buat pendaftaran online ni... sebab tahun ni baru pendaftaran ini diwar-warkan secara meluas. Jadi, bagi yang ada anak umur 5 tahun dah boleh mula mendaftar.
  • Kos : Kurang RM10 sebab kena fotostat dokumen penting seperti surat beranak, surat nikah, kad pengenalan ibu bapa, slip gaji, pengesahan alamat dengan kemukankan salinan bil air/bil elektrik/bil astro.

2. Yuran/Sumbangan


  • Bergantung kepada sekolah.
  • Sumbangan PIBG, Bayaran sukan, tanda nama, buku dan lain-lain keperluan mengikut sekolah.
  • Kos: RM50 hingga RM250


3. Baju sekolah


  • Minimum 2 pasang baju sekolah
  • Kos: RM30 hingga RM100 sepasang bagi anak lelaki.
  • Kos: RM40 hingga RM100 sepasang termasuk tudung bagi anak perempuan. Bagi anak perempuan sebaiknya beli tudung sarung siap jenis selapis ..bukan tudung kain licin tu... 
  • Tips jimat: Beli saiz yang lebih besar dari saiz badan... biar nampak tak comel sebab anak ni cepat membesar dan meninggi.
  • Beli di kedai borong seperti di GM Klang untuk dapatkan harga murah.
  • Tips mudah: Beli 5 pasang terus untuk ibu bapa yang bekerja, sehari pakai sepasang. 
  • Jenama yang dipercayai dan selesa: Black Cat dan Canggih. Tapi bab ni MF tak kisah sangat bab jenama, asalkan murah dan selesa.


4. Kasut Sekolah, Stokin dan Kapur Kasut


  • Kasut sekolah ada pelbagai pilihan. jenis Kanvas atau kanvas + PVC. Rujuk sekolah ye, sebab ada sekolah ada peraturan tersendiri bab kasut sekolah ni.
  • Kelebihan kanvas lebih cepat kering.
  • Kelebihan kanvas dan PVC lebih mudah dicuci.
  • Beli kasut ikut kemampuan... MF biasanya akan sediakan 2 pasang kasut, dan 5 pasang stokin. 


5 Baju sukan


  • Rujuk guru atau pihak sekolah sama ada baju putih atau baju sukan yang sekolah sediakan untuk dibeli di koperasi sekolah.
  • Seluar sukan track bottom, beli saiz yang sesuai dan selesa. Dan hanya dua warna dibenarkan iaitu hitam atau biru gelap.


6. Beg 


  • Beli beg yang berkualiti dan tahan lasak sebab beg ni gunanya setiap hari.
  • Kos: RM25 hingga RM300 mengikut jenama.
  • Tips jimat: Beli waktu jualan murah cuti sekolah di pasaraya.
  • Tips mudah: Beli beg beroda...tapi ada kekurangannya, ianya sedikit berat. 


7. Alat Tulis


  • Beli barang yang perlu dan asas sahaja seperti pensel, pemadam, pembaris, pengasah pensil, kotak pensil dan pensil warna.
  • Alat tulis tak perlu beli yang berjenama mahal sebab nanti hilang je...sebab masih dalam proses nak belajar jaga barang peribadi.
  • Tips mudah dan jimat: Beli borong macam beli kat Mydin dan simpan stok kat rumah. MF beli kat kedai RM2.12 je... 


8. Buku


  • Buku teks diberikan percuma jika bersekolah kerajaan. Dah dapat buku, ajar anak balut dan jaga buku dengan baik.
  • Buku latihan perlu dibeli awal dan biasanya sekolah dah senaraikan keperluan buku yang mesti dibeli ikut darjah/tingkatan.
  • Tips mudah: Beli lah awal untuk elak sekolah kehabisan stok... Tapi ianya jarang berlaku sebab sekolah dah buat peruntukan ikut bilangan pelajar yang mendaftar.


9. Botol air dan bekal


  • Beli botol air yang biasa sahaja serta mudah dibawa. 
  • Tak perlu botol air yang besar.
  • Sebaiknya botol air jenis ada penyedut (straw) lebih mudah untuk diminum.
  • Beli bekas seperti lunch box kecil untuk letak bekal ringkas.
  • Galakkan anak minum air kosong dan bawa bekal sedari awal untuk jimat dan sihat.

10. Tips Tambahan


  • Sticker label nama. MF rasa tak buat kot sebab kami memang buat sticker sendiri... 
  • Cop nama: MF rasa tak perlu sebab nama anak pun tak panjang mana, dan lebih puas menulis ataupun taip dan labelkan aje guna pita pelekat dan balut dengan plastik supaya lebih kemas. 


Setakat ni, ini sahaja barang keperluan yang penting untuk anak masuk Darjah 1. Banyak juga kan.. Jika ada lagi keperluan, mohon ibu yang berpengalaman tinggalkan tips dan keperluan tu di bahagian komen entry ni... untuk rujukan MF dan ibu bapa yang lain...

Semoga bermanfaat.

4 ulasan:

  1. Perkongsian yang membantu..

    BalasPadam
  2. tq kak farah, sangat berguna utk org2 yang baru ada anak nak masuk sekolah.

    BalasPadam
  3. Tq share, mmg sgt membantu utk sy.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^