GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Penyakit Dari Mata Turun Ke Hati!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Penyakit Dari Mata Turun Ke Hati! | Ini bukan penyakit jatuh cinta... Tapi penyakit yang boleh mendatangkan mudharat kepada manusia...

Penyakit ini memang mulanya dari pandangan kemudian akan turun ke hati dan mewujudkan perasaan hasad di hati... Itulah dia namanya penyakit 'ain.


Penyakit 'Ain


Penyakit ‘Ain itu diambil dari kata ‘ana-Ya’inu (bahasa Arab) ertinya apabila ia menatapnya dengan matanya.

Dalam Shahih Muslim diterangkan berkenaan penyakit Ain.

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Penyakit yang timbul dari pengaruh jahat pandangan mata memang ada. Seandainya ada yang dapat mendahului qadar, tentulah itu pengaruh pandangan mata. Kerana itu apabila kamu disuruh mandi, maka mandilah!"

Penyakit Ain ini timbul bila mana seseorang itu "melihat" sesuatu itu dengan hasad dengki bahkan iri hati. Iblis memainkan peranan yang amat penting dalam penyakit Ain ini.

Contoh: Jika kita melihat kawan kita berjaya bukan kita nak ucap taniah atau ingin menumpang bahagia melihat kejayaan beliau, tapi kita pula yang menjaja cerita berkenaan kejayaan beliau.

Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan bahawa penyakit ‘ain ada dua jenis :’ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin).

Doa Pelindung Dari Penyakit 'Ain

Oleh itu, kita digalakkan membaca:

1. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memohon perlindungan Allah untuk Hasan dan Husain dengan doa :

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Aku berlindung kepada Allah untuk kalian berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat. (HR Abu Daud)

2. Baca  istiazah atau taawwudz:

أَعُوْذُ باِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.

3. Boleh membaca sebelum tidur:

1)  Ayat Kursi,
2)  3 Qul.
3)  Dan hembuskan ke tapak tangan dan sapukan ke seluruh badan yang boleh dicapai.

#ulang 3 kali.

Berdoa banyak-banyak kepada Allah agar kita dijauhkan sifat ain ini. Sifat yang boleh menjadikan kita "jauh" dengan Allah dan yakinilah bahawa walaupun hebatnya penyakit ain ini namun jika tanpa izin Allah maka ia tidak akan berlaku. Dan janganlah setiap apa yang berlaku kepada kita, kita akan kaitkan ia dengan penyakit ain kerana kita perlu bezakan penyakit ain dengan ujian dan cubaan kehidupan yang telah Allah timpakan kepada kita. Wallahua'lam.

Sumber: Page Jalan-jalan Cari Ilmu.

Jadi,hati-hati dengan mempamerkan sesuatu terutama dengan zaman sosial sekarang. Niat kita publish untuk kegembiraan, tapi tak semua dalam kalangan rakan kita tu akan gembira dengan kegembiraan kita...  

0Ulasan