بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
5 Tips Untuk Elak Anak Bergaduh Sesama Adik Beradik! | Bila anak membesar, mula nampak dah kerenahnya... Dah mula juga bibit-bibit bergaduh dan berkelahi antara adik beradik tu... Anak MF semua perempuan... Ya Allah, lagilah semua ada perangai cemburu, ada sikap bersaing dan paling utama bab merajuk.
Kadang rasa kelakar, kadang rasa geram... Tapi setakat ni MF biarkan aje... Nanti diorang akan reda sendiri. Anak MF yang ketiga tu pun dah mula dah pandai gaduh-gaduh sayang dengan kakak-kakak dia... Comel je, tapi kadang geram juga... haha... Itulah gaya rumah ramai anak... Macam taska gitu... Ceria dan meriah... Tapi dalam masa yang sama, pening juga...
Apa pun, bab bergaduh ni tak boleh nak biar... Kena kawal dan handle awal supaya tak melarat hingga ke dewasa. Jadi, ada 5 tip untuk atasi masalah anak suka bergaduh ni..
5 Tips Untuk Elak Anak Bergaduh Sesama Adik Beradik!
1. Makan bersama
Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.
2. Jaga antara satu sama lain.
Sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga diri mereka antara satu sama lain. Yang lebih berusia perlu tengok adiknya yang lebih kecil. Malah anak yang lebih muda pun boleh melakukan perkara yang sama juga.
Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.” Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.
3. Berlaku adil
Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya. Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.
Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.
4. Tolong-menolong
Biarpun anak-anak masih kecil tetapi sikap tolong-menolong perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama. Sambil mereka mengemas, jangan lupa selitkan kata-kata pujian kepada mereka. Pastikan mereka bangga dapat berbuat baik sesama sendiri.
5. Tunjukkan contoh baik
Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.
Sumber: Majalah PaMa
betul tuu..anak sha yang kecik tu kadang xnak beralah..kesian abang..kena cakap elok2 bg faham baru tenang..
BalasPadamank ena ni sorang je.. tp xboleh tgk ena layan ank org lain.. dgn sepupu die pon jeles..hehe..ni xtahula klu ada adik..dia klu jeles mmg mrah dibuli nya budak tu.. garang btol. budak pon takut.hihi
BalasPadamBagus tip ni... Tapi kalau macam Bonde agak berlainan pula sebab Fatin seorang buat masa ni tak ada kawan gaduh, Bondelah yg gaduh dgn dia he he he
BalasPadam