GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ketika Hujan Lebat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ketika Terjadi Hujan Lebat | Dari semalam hujan tak berhenti... Bahkan bila pandang ke langit tiada tanda akan berhenti...

Semalam lagi lebat, pagi ni dah reda tapi masih boleh dikatakan lebat sebab kena guna payung juga untuk redah hujan...


Ketika Hujan Lebat


Ketika Hujan Lebat


Ada doa dari hadis Nabi SAW yang boleh kita amalkan jika berlaku hujan lebat yang berterusan.


Doa ketika hujan lebat

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam suatu saat pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian ketika hujan turun begitu lebatnya, beliau memohon pada Allah agar cuaca kembali menjadi cerah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa:

اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا,اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

“Allahumma haawalaina wa laa ’alaina. Allahumma ’alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari."

[Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan].” [HR Sahih Bukhari, no. 1014]

Ibnul Qayyim mengatakan, ”Ketika hujan semakin lebat, para sahabat meminta pada Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam supaya berdoa agar cuaca kembali menjadi cerah. Akhirnya beliau membaca doa di atas.” [Zaadul Ma’ad, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, 1/439, Muassasah Ar Risalah, cetakan ke-14, tahun 1407 H.]

Syeikh Sholih As Sadlan mengatakan bahawa doa di atas dibaca ketika hujan semakin lebat atau khawatir hujan akan membawa kepada bahaya.[Lihat Dzikru wa Tadzkir, Sholih As Sadlan, hal. 28, Asy Syamilah]

Berdoalah dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Agung semoga kita terselamat dari malapetaka. Wallahua'lam.

Sumber : Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Moga hujan ini bawa rahmat bukan bawa malapetaka... Risau pula kalau banjir berlaku... Tapi harapnya takde apa yang akan berlaku... Hanya hujan biasa.. Untuk menyejukkan bumi.. Insha Allah.. 



2Ulasan

  1. amin ya Allah, terima kasih akak sb sharing :)

    BalasPadam
  2. semoga hujan tersebut tidak memudaratkan tetapi mendatangkan kebaikan kepda kita semua...

    aamiin.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ