GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kenali 4 Jenis Tepung Beras dan Kegunaannya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kenali 4 Jenis Tepung Beras dan Kegunaannya | Tepung beras ada banyak jenis tau... dan setiap jenis ni ada kegunaan yang berlainan... Sebab tu kadang bila orang bagi resepi yang guna tepung beras kena nyatakan atau tanya balik tepung beras cap apa yang diguna... sebab tak semua tepung beras sesuai dengan semua jenis resepi atau kuih.

Jom kita kenal jenis tepung beras.

Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara Thailand...

Kenali 4 Jenis Tepung Beras dan Kegunaannya


TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH



  • Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan untuk goreng pisang..keledek...keladi..cempedak...adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah...
  • tepung ini sangat ranggup
  • sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau atau dhall


TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH



  • sangat sesuai untuk kuih-kuih tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih
  • ia menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat


TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH



  • sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
  • sebab ia lebih kental


TEPUNG BERAS CAP TERATAI



  • Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
  • kalau buat apam rasa tepungnya kurang
  • jika buat rempeyek dan tumpi sangat-sangat ranggup

Sumber: Facebook Viral Media Johor via FB Giler Kentang
Sumber gambar: google images

Jadi, kenal dah kan.. lepas ni pastikan beli tepung yang betul untuk jenis resepi yang betul.. kalau tak jangan tanya kenapa resepi tak menjadi... 

4Ulasan

  1. aah la, akak pun baru tau,selama ni asal ada tulis tepun beras beli je apa2 jenama pun.. ish ish ish

    BalasPadam
  2. kakak.. baru saya tau.. hahahaha~ tak pernah beli dan tak tau nak digunakan untuk apa.. ni dah tau, boleh la try mengikut kesesuaian..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ