GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Baru Betul-betul Kaya Cik Kak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini Baru Betul-betul Kaya Cik Kak | Tengah viral pasal geng bujang digelakkan oleh seorang akak yang berjaya mengumpul harta walaupun dah beranak tiga dengan gaji yang kecil. 

Ramai yang terasa dengan post akak tu... Bagi MF, dari sudut positif dia mungkin nak panaskan semangat anak muda supaya ada usaha dan strategi untuk kumpul harta di usia muda... Tapi bagi MF, tak perlu post sampai menghina orang... Kalau MF sendiri pun terasa dengan kata-kata sinis begitu...



nak jadi kaya

Sebenarnya... Bab harta ni kita tak kan pernah puas... Sebab tu ada orang bijak berkata... Dalam mencari harta jangan cari banyak kuantitinya.. Tapi carilah keberkatannya. Sebab jika dikejar kuantitinya.. Memang kita tak kan pernah puas... Sebagai mana hadis Nabi SAW :

عَنْ عَطَاءٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ
Dari 'Atha` dia berkata; saya mendengar Ibnu Abbas RA berkata; saya mendengar Nabi SAW bersabda: "Sekiranya anak Adam memiliki harta sebanyak dua bukit, nescaya ia akan mengharapkan untuk mendapatkan bukit yang ketiga, dan tidaklah perut anak Adam itu dipenuhi melainkan dengan tanah, dan Allah menerima taubat siapa saja yang bertaubat." (HR Bukhari No: 5956) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Manusia Tidak Puas Mengumpul Harta

1.  Manusia tidak pernah puas dengan harta. Itulah sifat dan watak manusia kecuali yang Allah beri taufik.

2.  Ada orang yang menghabiskan waktunya hanya untuk urusan dunia, terus menerus mengumpulkan harta dan kemewahan, sampai lalai dari ketaatan dan hati menjadi sibuk dengan dunia daripada akhirat.

3.  Manusia yang sibuk mencari harta, walaupun telah memiliki sejumlah harta, masih tidak merasa cukup dengan apa yang ada.

4.  Musthofa Al Bugho dalam  Syarh Riyadhus Sholihin : “tidak ada yang memenuhi perutnya kecuali tanah” bermaksud ia terus menerus memenuhi nafsu dirinya dengan harta sampai ia mati dan di kuburnya isi perutnya dipenuhi dengan tanah kuburan.

5.  Bagi yang diberikan taufik, ia segera bertaubat dan memohon ampun, Allah menerima taubat setiap hamba.

Ingatlah, harta berkepuk yang kita himpun mungkin menjadi bala dan musibah di hari akhirat nanti.

Namun, dalam hadis yang lain Rasulullah saw pernah katakan.. Orang kaya yang sebenarnya ialah:

Kaya Hakiki Adalah Kaya Hati

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW baginda bersabda: "Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (selalu merasa cukup)." (HR Bukhari No: 5965) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Kekayaan dalam Islam bukan dilihat kepada pemilikan harta yang banyak.

2.  Kekayaan hakiki seorang Muslim ialah apabila ia memiliki kaya hati (sifat merasa cukup dengan setiap rezeki yang dimiliki).

3.  Berapa ramai orang kaya yang memilii harta namun sentiasa merasa masih kurang. Hatinya tidak merasa puas dengan rezeki yang dianugerah Allah. Ia masih terus mencari apa yang belum diraih. Hatinya masih belum puas dengan apa yang ada. Itu bermakna ia sentiasa miskin kerana ingin mencari dan mencari lagi.

4.  An Nawawi: “Kaya yang terpuji adalah kaya hati, hati yang selalu merasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia. Kaya yang terpuji bukanlah dengan banyaknya harta dan terus menerus ingin menambah dan terus menambah.

5. Kaya yang hakiki ialah sifat pemilik harta yang tidak tamak malah dermawan kepada orang lain.

Jadilah kita seorang pemilik hati yang sentiasa kaya dengan sifat merasa cukup dengan harta yang dimiliki namun sentiasa merasa miskin dengan amal-amal yang solleh.

Jadi, tak guna kaya harta, tapi hati kita miskin dengan adab sehingga sanggup hina orang lain...

Tak usah bangga jika orang mengutuk mengumpat kita, sedangkan kita sendiri buka ruang untuk orang umpat kita...

MF tak kata kat cik akak tu ye.. Tapi kata kat diri sendiri... Supaya tak gila harta.. Tak lupa diri jika berharta... Biarlah miskin harta asalkan kaya budi bahasa...

Harta yang banyak tak kan boleh bawa ke mana... Mati masuk kubur 6 kaki dalam juga... Tapi harta yang berkat insha Allah jaminan untuk bekalan di akhirat sana.... Jadi, tak salah kumpul harta dunia asalkan ianya jadi bekalan untuk akhirat nanti... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ