GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Tips Berpantang Sendiri Tanpa Bantuan Ibu Bapa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Tips Berpantang Sendiri Tanpa Bantuan Ibu Bapa | Berpantang sendiri... Maksudnya berpantang tanpa bantuan ibu bapa atau orang yang lebih dewasa sama ada mak ayah sendiri atau mak ayah mentua.

Alhamdulillah.. 3 anak MF berpantang sendiri... Sepenuhnya dijaga suami tanpa bantuan ibu bapa... Hanya anak sulung sahaja MF balik kampung berpantang dengan ibu bapa sendiri.. Sebab anak sulung kan.. Belum ada pengalaman.

Masuk anak kedua dan seterusnya, kami suami isteri bertekad untuk berpantang sendiri di rumah kami (waktu tu hidup menyewa masa anak kedua, anak ketiga dan keempat di rumah sendiri di Johor).

Masa anak kedua, keputusan nak berpantang sendiri tu macam diragui oleh mak MF sendiri... Biasalah orang tua dan mak kan... Walaupun anaknya dah kahwin tapi hati ibu tetap risau.

Apa pun, tetap belajar... Kami bertekad dan suami pun bertekad nak jaga isteri dan anaknya sendiri tanpa bawa balik kampung. Awal tu call juga mak, recall balik... Makanan dalam pantang... Nak buat apa, daun apa nak mandi dan sebagainya... Alhamdulillah... Lama-lama kami ok je... Suami MF ambil cuti sebulan untuk uruskan MF ketika dalam pantang... Cukuplah 30 hari sebab.. Lepas tu MF dah kuat untuk uruskan diri dan anak sendiri...

Apa pun... Sedikit tips MF nak kongsikan bagi yang merancang nak pantang sendiri ni...

5 Tips Berpantang Sendiri 


1. Kerjasama dari Suami

Nak pantang sendiri ni memang perlukan 100% kerjasama dan komitmen dari suami. 2 minggu awal selepas bersalin.. Suami memang lelah sikit lah.. Kena uruskan banyak perkara... Hal isteri dan hal anak. Semua kerja rumah suami kena uruskan... Jika suami tak boleh bagi kerjasama.. Memang susahlah.

Selain tu, suami juga kena bijak kawal emosi sendiri dan dalam masa yang sama kawal emosi isteri... Supaya isteri tidak tertekan. Suami kena banyak sabar dan belajar kawal emosi...

Jika suami tak boleh berikan komitmen... Boleh sahaja keluar kan modal upah penjaga semasa isteri dalam pantang. Sekarang banyak dah bidan buat perkhidmatan macam ni... Pakej selepas bersalin... Paling lama hingga 2 minggu... Janji suami sediakan duit aje. Ini bagi suami yang susah nak cuti panjang. Jika suami yang ada cuti sebaiknya, jagalah sendiri... Kalau tak pun... Masa cuti tu belajarlah dari bidan yang jaga isteri tu... Jangan waktu tu suami sibuk nak layan game, lepak dengan kawan dan sebagainya.

Ini antara aspek utama jika nak pantang sendiri.

2. Siapkan mental dan emosi

Isteri perlu siapkan mental dan emosi... Bijak kawal emosi sendiri... Sentiasa positif dan jangan mudah layan perasaan.

3. Sentiasa berzikir

Walaupun dalam keadaan uzur syarie, masih boleh buat amalan seperti zikir dan doa... Amalkan zikir sentiasa... Sebab bila dalam keadaan kotor ni.. Syaitan jin suka dekat... Syaitan mudah nak goda dan bisik supaya emosi kita pun jadi tak stabil... Mudah merajuk dan terasa... Jadi, kawal emosi dengan zikir dan amalan doa serta surah lazim yang dihafal. Insha Allah... Kekuatan rohani kuat, emosi kita pun  akan  kuat.

4. Layan anak dan enjoy the moment. 

Masa berpantang... Layanlah anak dan enjoy the moment yang tak kan berulang... Walaupun beranak lagi... Moment tu kan sama.. Itu pengalaman MF ye.. 4 anak 4 macam ragam sejak dalam pantang... Jadi keep positive dan enjoy je...

5. Doa

Doa adalah senjata... Perisai utama seorang mukmin... Mohonlah pertolongan Allah... Tiada daya kita tanpa izin dari Dia.

Cukup kot 5 tips tu... Apa pun... Seronok berpantang sendiri... Walaupun MF ada anak yang kecil-kecil dan paling besar pun 6 tahun, Alhamdulillah... Dipermudahkan untuk berpantang sendiri...

Rasa lebih enjoy berpantang sendiri... Kita lebih berdikari dan banyak belajar. Selain tu, dengan berpantang sendiri juga dapat didik anak kita yang lain untuk berdikari juga... Mudah diminta tolong dan jadikan anak yang lain lebih bertanggungjawab terhadap adik-adiknya. Waktu macam ni jadikan dia sayangkan adik...

Bab belajar berpantang, mengurut dan memasak makanan dalam pantang itu semua boleh dah belajar sendiri sekarang... Zaman teknologi.. Takde alasan tak reti... Asalkan berkehendak. Bahkan sekarang ni mudah dengan penyediaan pakej berpantang dan set bersalin.

Jika boleh, belajarlah wahai para suami untuk menjaga isteri dalam pantang sendiri... Kerana itu tanggungjawab terbesar sebagai suami... Jangan lepaskan tanggungjawab tu 100% pada orang tua... Jika tak reti belajarlah...

Perkara ini juga jadikan pengajaran untuk MF supaya didik anak lelaki supaya pandai menguruskan rumahtangga... Sebab lelaki ni hasil bila dewasanya adalah dari didikan masa kecilnya.

Apa pun mind set.. Tak Susah pantang sendiri.. Bijak kawal emosi dan jangan layan perasaan... Kuatkan diri dengan kekuatan dalaman dengan tawakal dan berserah diri kepada Allah... Ujian dan tekanan tu memang ada dalam berpantang ni... Tapi ingat Allah banyak-banyak... Jangan layan emosi.. Rasa macam-macam dan down cepat kawal dengan zikir... Insha Allah.. Allah sentiasa ada untuk bantu hambaNya yang berusaha dan mohon pertolongan Dia. Insha Allah.


Semoga bermanfaat... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ