div id='header-inner'>

Teknik Membebel Yang Berkesan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Teknik Membebel Yang Berkesan  | Cuti sekolah bermula... Maka bermulalah juga mak bapak jadi tarzan dan sumbang suara...

Gegak gempita suara seperti guruh gayanya...

Bila cuti sekolah, pastilah suara mak bapak tak boleh diam... Pasti ada saja gelagat si anak yang bikin mak pak bersuara tanpa henti... Membebel dan menasihati selagi tak pejam mata... Itulah rutin dah jadi mak pak ni.. Bukan apa.. Anak ni kadang tindakannya lebih laju dari akal.. Bahkan yang lebih mencabar anak yang belum berakal... Itu yang buatkan bebelan tu makin rancak setiap hari...

Macam mana nak elak dari membebel.. Rasanya tak de cara... Tapi kena juga bebel.. Tapi ada tips bagaimana nak jadikan bebelan tu sesuatu yang bermanfaat dan jadikan bebelan tu satu ilmu untuk anak-anak.

Ikuti tips yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif yang MF dapat dari Channel Telegram beliau.

Sumber :Google image 

Tips Membebel Yang Berkesan

Saya tak sarankan mak ayah bebel anak tapi secara realitinya amat jarang mak ayah yang tak bebel anak kan. Jadi mana-mana mak ayah nak bebel anak kena ada ilmu ni.
Nak bebel anak pun ada caranya. Salah cara bebel boleh jadi negatif anak tu nanti.

❌ Cara yang salah ❌
Adik, kenapa pengotor sangat ni? Dah habis pakai baju tu letak elok-elok bakul

✅ Cara yang Betul ✅
Adik, bila dah habis pakai baju tu letak dalam bakul terus SEBAB nanti senang mak nak cuci

❌ Cara yang Salah ❌
Kenapa adik pemalas sangat ni! Dah habis makan cuci la pinggan!

✅ Cara yang Betul ✅
Adik, kalau dah habis makan tu cuci la pinggan sebab tu la cara adik nak bantu Mak. Adik kan sayang Mak.

Nampak tak beza cara bebel kat atas?

1. Bebelan positif ni adalah bebelan yang tak guna sumpah seranah dan label anak dengan sifat yang buruk. Tak perlu cakap anak pemalas atau anak pengotor. Terus direct tegur je.

2. Kalau nak suruh anak buat apa pun walaupun hanya cuci pinggan, masukkan sekali SEBAB dan ALASAN kenapa dia kena buat semua tu. Yang anak jadi degil sebab kita suruh je anak buat benda tapi kita tak bagitahu pun SEBAB apa dia kena buat benda tu.

Amal je 2 benda ni dalam bebelan anda dan InsyaAllah anda akan nampak perlahan lahan perangai anak akan berubah jadi lebih taat dan mendengar kata.

#telegramChannel
#notaparentingTaufiqRazif
@NotaParentingTaufiqRazif

Mudah kan... Satu lagi tips yang MF dapat dari ustaz Kazim Elias... Gunakan suara Bass ketika membebel lebih berkesan daripada guna suara drum atau tamborin... Hehe... Maknanya suara dari hati... Memang betul pun.. Kadang cakap slow dari hati tu lagi berkesan... Tapi bila tak berkesan tu yang akan jadi bebel... Hehe..

Apa pun.. Cikgu MF pernah pesan.. Ibu bapa yang baik dan penyayang ialah ibu bapa yang kuat membebel... Jika ibu bapa yang tak bebel dan buat tak endah tu, maknanya dia kurang beri perhatian... Jadi, bebellah... Dan jadikan bebelan itu suatu yang bermanfaat untuk anak kita.. Insha Allah...


Jom.. Join ilmu keibubapaan dari Dr. Taufiq Razif dengan join Telegram Channel beliau: @NotaParentingTaufiqRazif

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Tapi majoriti dari ibu atau ayah mesti guna teknik negatif dan menjatuhkan anak.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)